
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Betul la Ketua Penerangan PAS Pusat ini sebenarnya cuba memburukkan imej dan kredibiliti parti dengan komen - komen yang jelas menunjukkan kebebalan parti pendokong Islam itu.
Ekoran peruntukan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot tanah kepada Generasi Kedua Felda semalam, Idris Ahmad sedikit pun tidak berasa syukur.
Sebaliknya beliau menyatakan bahawa peruntukan tersebut adalah hasil perjuangan Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) semata - mata.
Kononnya, desakan berterusan dari ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman mengakibatkan tindakan tersebut dilaksanakan oleh Kerajaan.
Tengok bagaimana seorang yang menobatkan diri sebagai pemimpin ulama sedikit pun tidak memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana membuka hati Perdana Menteri untuk mengambil tindakan tersebut.
Sebaliknya, beliau hanya melambung - lambungkan manusia biasa. Apa, PAS tak ajar ahlinya mengucapkan terima kasih ke? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.