Sabtu, Januari 29, 2011

Petang tadi punya panjang perarakan kaum Cina berjalan kaki sepanjang jalan Labis. Semua pakai baju 1Malaysia. Punya ramai, sampai Chua Jui Meng pun boleh pengsan wooo.

Malam pulak masyarakat India berkumpul memberi sokongan kepada Tok Ai di Taman Orkid. Tok Ai turun dengan Setiauasa Agung MIC untuk bersama dengan masyarakat setempat.

Hampir 300 orang yang hadir dari sekitar kawasan kejiranan. Tapi tak pelik la sebab Tok Ai ni orang tempatan. Jadi memang dia dapat sambutan dan dikenali ramai.

Mereka dijamu dalam Majlis Jamuan Rakyat di Tadika Kemas. Tok Ai sempat menyampaikan amanat beliau untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi mengundi BN esok.

Kalau dah Cina, India dan Melayu semua sokong BN, PAS sapa nak sokong? Oh, ye. Lupa pulak. Diorang ada nyamuk. Sebab nyamuk je banyak pegi dengar ceramah diorang.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping