Mari kita fikirkan sejenak. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang jelas suka meminggirkan orang tempatan.
Pertama, mereka mengambil calon luar menjadi wakil mereka dalam PRK Tenang ini. Begitu juga di Galas dan Batu Sapi. Kenapa tak ambil orang tempatan? Apa, orang tempatan ni takde yang layak ke jadi calon?
Kedua, mereka import jentera dan peniaga - peniaga luar sehingga peniaga tempatan merungut tak puas hati. Lansung tak bagi peluang kepada mereka untuk mendapat keuntung lebih. Semua diorang kaut.
Ketiga, di PRK Tenang ni calon PAS telah meletak jawatan sebagai seorang guru. Daripada menjadi pendidik kepada anak bangsa, dia lebih rela mengorbankan perjuangan suci tersebut demi parti politik. Jelas beliau meminggirkan anak- anak murid yang juga rakyat tempatan.
Keempat, suami calon PAS di PRK diselubungi kontroversi mengenai sijil cuti sakit. Tetapi masih dilihat sihat berdiri disamping isterinya sepanjang kempen dijalankan.
Terbukti beliau mengkhianati amanah dan kepercayaan ibu bapa serta institusi perguruan. Secara tidak lansung, turut meminggirkan penduduk setempat.
Kelima, Pengarah Pilihanraya kenapa tak ambil orang tempatan? Sekurang - kurangnya mereka boleh jadikan Pesuruhjaya PAS Negeri jadi Pengarah sebab dia lebih tahu mengenai keadaan setempat.
Ini tidak. Mereka ambil orang luar jugak. Sampaikan masyarakat setempat sendiri pun tak kenal siapa dia Pesuruhjaya PAS Negeri.
Nampak sangat puak - puak pakatan ni memang suka meminggirkan orang tempatan. Dah datang tempat orang, dia buat macam tempat dia pulak. Lagi mereka nak mengaku kata mereka memperjuangkan rakyat tempatan? Ceit!!! Pigidah!!!
Jadi, kalau tak nak terus dipinggirkan, buatlah pilihan yang tepat. Calon yang benar - benar prihatin dengan masyarakat setempat. Dan kalau boleh dari kalangan orang tempatan sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.