Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Apa nak jadi ni? Kata boleh ubah pandangan mereka. Kata mereka boleh jadi peneggur kalau DAP buat silap dan melanggar hukum Islam. Habis, kenapa Mursyidul Am PAS ni sokong pulak?
Sebelum ini, kecoh di Selangor apabila Dr.Hassan Ali mengeluarkan arahan melarang umat Islam dari bekerja di premis yang menjual arak.
Ronnie Liu membantah dengan macam - macam alasan. Yang peliknya, kenapa dia nak bantah? Apa kena mengena dia dengan umat Islam tersebut?
Beliau kata, bantahan tersebut dibuat kerana beliau prihatin dengan golongan muda yang kebanyakannya kerja di premis sedemikian.
Yang pelik kenapa Ronnie Liu bantah? Ala, bukan tak boleh cari orang bukan Islam ganti kerja mereka. Ke memang taktik dia nak menjadikan umat Islam sebagai hamba di premis tersebut?
Bertambah hairan apabila kenyataan sokong tindakan si Ronnie Liu itu keluar dalam portal haramkah. Malah lebih memeranjatkan, menurut laporan itu, Nik Aziz yang menyokongnnya.
Tajuk artikel berbahasa Inggeris : Nik Aziz Throws Support Behind MPSJ seolah - olah memberi gambaran bahawa Nik Aziz menyokong tindakan Ronnie Liu.
Kalau nak kata beliau tidak bersetuju dengan pendirian Ronnie Liu, kenapa tak tulis: Nik Aziz Go Againts Ronnie Liu. Baru nampak bercanggah.
Dan kenapa artikel itu tidak menyebut nama Hassan Ali? Ada percanggahan dalaman ke diantara Nik Aziz dan Hassan Ali?
Ini tidak. Kenapa nak mengelirukan rakyat? Malah artikel itu ditulis dalam bahasa Inggeris. Saja tak nak bagi rakyat faham ke? Itu tentu sesuatu yang sangat memeranjatkan.
Mana suara Khalid James Samad dalam isu ini? Kenapa dia senyap? Ke dia pun sama sokong kenyataan Ronnie Liu?
Mengapa PAS tidak mengingatkan si Ronnie Liu agar tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ronie mabuk tak hairan kerana itu hak dia tetapi adalah menghairankan kalau Pas mabuk darat kerana isu ini tidak berjumpa titik noktah! he he
BalasPadamNik Aziz ni pulak ikut orang kafir? Mana keIslaman dia? Apa punya wali selipar da?
BalasPadam