Selasa, Januari 18, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ucapan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana telah sekali lagi membuktikan bahawa mereka sebenarnya balaci tak bergaji dari DAP.

Isu hangat mengenai larangan pekerja Islam berkerja di premis yang menjual arak di Selangor semakin bertambah hangat diperkatakan.

Arahan yang dikeluarkan oleh Exco Agama Islam Negeri, Datuk Dr. Hassan Ali jelas dibantah keras oleh Ronnie Liu.

Kononnya, Ronnie memberi alasan beliau prihatin dengan masalah mereka akibat beban hutang dan sara hidup seharian. Maka sebab itulah beliau mebnatah keras agar larangan tersebut tidak diteruskan.

Khalid Ibrahim dalam kenyataan beliau semalam turut menyatakan bahawa larangan tersebut hanya dikeluarkan dan diguna pakai dikawasan MPSJ sahaja.

Maka di daerah - daerah lain, larangan seumpama itu tidak akan dilaksanakan dan secara tidak lansung membenarkan pekerja Islam bertugas di premis seumpama itu.

Kata beliau, larang tersebut hanya merupakan usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk mengurangkan bilangan Muslim yang bekerja di Kelab Malam.

Khalid, walaubagaimana pun menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada JAIS dengan alasan mereka sahaja yang mempunyai kuasa dan boleh mengambil tindakan.

Nampak sangat taktik si Khalid Gagap tu nak lepas tangan dan membiarkan orang lain yang dipersalahkan.

Jadi rakyat tidak akan mempersalahkan Kerajaan negeri sebaliknya akan menunding jari kepada JAIS kerana gagal mengawasi perkara seumpama ini dari terus menular.

yang pelik, kenapa beliau tidak mengakui bahawa larangan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali? Pada hal, Hassan Ali orang yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan tersebut?

Adakah wujud konflik diantara kepimpinan Negeri dengan Pesuruhjaya PAS Selangor itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping