Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ekoran cabaran terbuka YB Khairy Jamaludin Abu Bakar untuk berdebat dengan si Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim. Ada juga pihak yang hendak menyokong si Ketua Penipu itu.
Beliau tidak lain tidak bukan ialah Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot.
Rentetan tweet dalam laman twitter beliau adalah seperti berikut: Beliau pada mulanya hendak merendah - rendahkan KJ dengan mencabar Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berdebat dengan Ketua AMK Ranting sahaja.
Kemudian apabila diasak oleh beberapa tweeter lain agar beliau tampil untuk berhadapan dengan KJ, ini pula alasan beliau.
Akibat gagal menangkis asakan, hanya ini sahaja alasan yang mampu si Sam Ketot keluarkan untuk mengelak diri dari berdebat.
Apa barang ajak 'geng' berdebat. 3 orang panel pulak tu. Si Sam Ketot ni tak ingat ke KJ pernah berhadapan dengan ribuan pengkut PAS sewaktu beliau jadi Naib Ketua dulu?
Mana mungkin si Sam Ketot ini berani berhadapan dengan KJ. Malah hendak berhadapan dengan saingan beliau sendiri, Chegubard dalam pemilihan AMK pun dia takut.
Jadi tak hairanlah kalau beliau banyak beralasan apabila diajak berdebat. Jelas terbukti beliau takut. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Blog dan tulisan sdr hebat sepatutnyalah masuk top ranking. kalau boleh saya tompang dilink tuan saya bangga. Blog saya http://rumahanjas.blogspot.com/ blog sdr telah lama saya pautkan.
BalasPadambetul semuthitam80 ni mmg kecil tetapi bebiso..
BalasPadamkeep on your good writing...