...Kot Ye Pun, Jangan La Depan Orang Ramai...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tindakan si Ketua Penipu Rakyat dalam ceramah beliau semalam jelas satu lagi siri pembohongan terhadap rakyat.
Dalam ceramah di Hulu Klang semalam, beliau turut mempertahankan Presiden PAS dan menyatakan Hadi Awang sebagai sahabat karib.
Kata beliau, sewaktu dalam penjara, yang memberi sokongan kepada beliau ialah PAS kerana telah mengumpul penyokong untuk mendoakan kesejahteraan beliau.
Hadi Awang, kata Anwar telah menunjukkan dan membuktikan sokongan padu terhadap beliau sejak dikenakan hukuman penjara pada tahun 1999.
Beliau berkata demikian ekoran kritikan yang dibuat terhadap Hadi Awang mengenai isu pertemuan bersama pemimpin UMNO Disember lalu.
Jelas apa yang dikatakan oleh Anwar dalam ceramah itu satu pembohongan semata - mata. Jelas PAS tidak memberikan sokongan kepada beliau dalam tahun 1999.
Buktinya, pemimpin PAS masih menganggap beliau terlibat dalam 'aktiviti songsang' seperti yang didakwa oleh Mat Sabun. Sampai hari ini, Mat Sabun masih mendiamkan diri.
Siapa yang buat kritikan terhadap Hadi Awang? Rakyat mempertikaikan kesahihan perkara yang dijelaskan oleh Hadi Awang kerana beliau tidak ada dalam pertemuan tersebut.
Yang rakyat mahu tahu sekarang adalah sama ada Nik Aziz ingkar kata - kata beliau sendiri dengan mendedahkan isi pertemuan dengan PM dan TPM?
Atau adakah apa yang dikatakan oleh segelintir pemimpin PAS sebelum ini hanya tipu helah mereka semata - mata? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
dua dua penipu.
BalasPadam