Dalam ramai - ramai manusia yang membanjiri program Perdana Menteri di sekitar kawasan DUN Kerdau semalam, Semut terperasan mamat ni.
Apa pulak yang mamat Mat Salleh ni buat kat program Datuk Seri Najib ni? Dia ni orang upahan APCO gak ke?
Lepas tu hari ni Semut merayap ke kawasan kampung pulak. Nak menengokkan keadaan kampung disekitar kawasan Kerdau ni.
Sekali jumpa semula dengan mamat Mat Salleh ni datang dengan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato Wan Amizan.
Risik - risik rupanya dia ni pelancong dari Amerika katanya. Dia baru turun dari Gunung Tahan dan kebetulan lalu kat area Kerdau ni.
Dengar pulak cerita Datuk Seri Najib datang ke Kerdau, jadi dia ambik kesempatan nak tengok sendiri muka pemimpin nombor satu Malaysia tu secara live.
Jadi, nampak gayanya industri yang dicadangkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ni ada mendapat sambutan la rupanya.
Tapi sayang. Diorang datang bukan nak mendekati puak - puak pembangkang. Sebab diorang pun akui yang puak - puak pembangkang ni banyak buat masalah je sebenarnya.
Kalau dah orang luar pun sokong Barisan Nasional, kita yang ada di Malaysia ni nak bangkang jugak apahal? Tak malu ke dengan rakyat luar? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.