Seharian semalam, Semut kurang membuat posting. Inilah hakikat menjadi manusia biasa yang sebenarnya. Tidak lah kita dapat menduga setiap apa yang berlaku. Walaupun ianya hampir dengan kita.
Dalam keadaan kita yang sihat, segar bugar, tak pernah kita sangka penyakit akan datang begitu sahaja. Demikian yang berlaku dalam hidup kita.
Semalam pergi ke hospital, tau - tau kena tahan wad masuk air. Apa boleh buat, dah kalau itu perkara yang perlu kita lakukan.
Demikian yang diingatkan kepada kita oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah agar manusia sentiasa ingat lima perkara sebelum datang lima perkara.
Maka kesihatan termasuk dalam salah satu daripadanya. Begitu juga dengan usia muda sebelum datang usia tua.
Baginda tidak pernah melupakan golongan muda dan sebahagian besarnya digambarkan secara jelas rasa cintanya Nabi S.A.W kepada mereka.
Ada sahabat Baginda yang masih muda sering menjadi sebutan sebagai manusia terpilih dan dicintai Rasulullah S.A.W.
Sebagai contoh, Usamah Bin Zaid yang dijadikan bahan kritikan kerana dipilih menjadi panglima perang dalam usia muda.
Lalu Baginda Nabi S.A.W bersabda: "Jika kalian mencela kepimpinannya, maka kalian juga mencela kepimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah, dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya". - Hadis Riwatat Bukhari.
Maka dalam kesempatan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini, marilah kita sama - sama merenung dan menjadikan sirah kepimpinan Rasulullah S.A.W sebagai panduan.
Sesungguhnya, Baginda adalah selayak - layak manusia yang wajar dicontohi. Dan hargailah mereka yang masih muda agar kita tidak mengabaikan mereka.
Semoga apa yang kita lakukan dimuka bumi ini mendapat syafaat dan keberkatan dari Allah S.W.T di akhirat kelak. Insya Allah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.