Memang dasar manusia tak sedar diri betul la Timbalan Presiden PKR sorang ni. Dia bercakap main sedap mulut dia je tanpa berfikir panjang.
Macam la dia tu bagus sangat sampai nak mempertikaikan hak orang lain. Dah la tu, nak pertikai hak 'rakan sekutu' sendiri pulak tu.
Boleh ke dia pertikai kata PAS mula intai kawasan PKR? Apa dia tak sedar ke yang selama ni PKR rampas tempat PAS?
Kata dia, PKR kini menghadapi kesukaran berunding dengan 'rakannya' PAS' apabila kedua - dua parti itu kini mengintai kerusi yang sama dalam PRU akan datang.
Tanpa menamakan kawasan yang terlibat, si Azmin tu kata ia turut melibatkan kawasan tanpa majoriti sesuatu kaum atau dengan kata lainya kawasan bercampur.
Hek eleh. Pergi cermin diri sendiri dulu la brader. Lu orang datang jadi perampas, sekarang nak tuduh orang pulak ke?
Kalau dulu mana ada parti lain yang bertanding di Kelantan. Sekarang ni, sebab atas ihsan PAS la puak - puak PKR boleh dapat kerusi selesa kat Kelantan tu.
Tengok dia sendiri pun cukup la. Dia dapat kerusi Parlimen Gombak atas ehsan sapa kalau bukan sebab PAS yang bagi. Selama ni, kawasan itu didominasikan oleh PAS.
Kalau tak percaya, pergi ke Gombak. Tengok keadaan sekeliling kawasan tersebut. Ada ke tidak bendera PKR yang berkibar?
Mana ada. Itu jelas menyatakan bahawa kawasan tersebut menolak PKR secara keseluruhan. Tapi sayangnya, orang macam si Azmin ni yang buta mata agaknya.
Kata hubungan mereka 'ikhlas' dan 'anjal' konon. Apa salahnya, bagi je la PAS bertanding walau pun kawasan tu bukan majoriti Melayu?
Tak pun kita cabar dia supaya bagi balik kawasan Parlimen Gombak tu pada PAS. Nak jugak tengok. Dia sanggup ke tidak nak bagi balik.
Tak malu punya manusia. Dah dapat tumpang tuah orang pun dah kira bagus. Kalau dalam Pilihanraya Kecil, nak harap kan bantuan jentera PKR? Jangan harap la.
Buat hal je yang diorang taunya. Nak buat gerak kerja diorang bukan ada pengikut pun. Cakap je pandai. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.