Teng, teng. Kalau ye pun nak main teng - teng, pegi la main kat tengah laman. Nak jugak main dalam mahkamah sapa suruh? Kan dah tertelan air liur sendiri.
Apa nak jadi la dengan Speaker pecah sorang ni. Niat buruk tak menjadi, masih lagi tak puas hati tu dengan keputusan mahkamah.
Katanya, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim terlebih makan kailan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa kerusi DUN Perlabuhan Klang masih milik Badrul Hisham.
Kononnya mahkamah buat keputusan tanpa kehadiran peguam beliau yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor itu sepenuhnya.
Beliau membuat dakwaan bahawa peguam beliau mmohon tangguh kerana terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Baru pada 16 Februari.
Tapi pada 14 Februari, peguam beliau menerima surat dari Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguh kes saman pemula yang telah ditetapkan semalam.
Jadi sebab tak dapat hadir, maka peguamnya telah menghantar Penolong Peguam beliau pada hari pengurusan kes dan memaklumkan perkara yang sama.
Tapi Timbalan Pendaftar tetap berkeras mahu mendengar kes tersebut dan menetapkan perkara itu untuk pendengaran hari ini.
mana la Timbalan Pendaftar tu nak terima. Sebab peguam dia dah hantar Penolong Peguam. Jadi kes boleh la jalan. Kalau tidak, apa guna jadi Penolong peguam tu?
Masalahnya, Peguam dia tu yang tak bertanggungjawab. dah tahu kes banyak, yang dia ambik jugak kes kat Johor Baru tu buat apa?
Tamak sangat. Tak pun Kerajaan Negeri bayar ciput. Tu pasal la dia buat kes saman pemula Badrul Hisham ni remeh.
Tak pasal - pasal je Speaker Pecah tu kena main dengan peguam dia. Tapi masih jugak nak salahkan orang lain tu. Tak sedar diri betul la Speaker sorang ni.
Memang sindrom puak - puak Pakatan Pembangkang ni gamaknya. Tak boleh terima hakikat dan kebenaran. Dah kalah tu, buat je cara kalah. Jangan la jadi 'SORE LOSER'!!!
x pasal2 hilang RM40K.sapa yg bayar?rakyat selangor jgk.mmg bencana lah.klo duit tu digunakan untuk faedah kat rakyat kan bagus.
BalasPadam