Jumaat, Februari 18, 2011

...Ni Sapa Yang Bagi Ceramah Dalam Gelap Ni???...

Dah berbuih dah mulut bercakap pasal sifat tak sedar diri puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Tapi sebab bercakap dengan orang yang pekak dan buta tuli, ini la jadinya.

Macam bercakap dengan tembok. Memang patut la rakyat diorang semuanya merana sebab jelas sangat sikap meminggirkan suara rakyat dipraktikkan dalam puak - puak diorang ni.

Kalau diorang ni bercakap dan mengeluarkan kenyataan, memang tak pernah tengok cermin dulu agaknya. Serabai pun serabai la. Janji boleh tipu rakyat. Patut la muka masing - masing tak berapa hensem.

Nak pulak macam si Idris Ahmad ni. Nama je Ketua Penerangan. Tapi penerangan yang dia bagi semuanya gelap memanjang. Macam mana la dia boleh jadi Ketua Penerangan gamaknya ye?

Dia dakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin buta sejarah sebab mengeluarkan kebimbangan terhadap PAS yang mengakibatkan perpecahan Masyarakat Islam jika mereka memasuki Sarawak.

Konon kata dia, UMNO sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dalam sejarah UMNO sendiri dah buat dulu.

Dia menyatakan persoalan, kenapa UMNO ditubuhkan padahal pada ketika itu sudah ada parti Melayu iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1945?

Ini apa ke bodoh punya soalan ni? Siapa yang buta sejarah sebenarnya ni? Idris Ahmad ke atau Muhyiddin Yassin?

Idris Ahmad ni lupa ke yang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan di Johor seawal tahun 1941? Tak ke lagi awal dari PKMM tu? 

Lepas tahun 1941 tu baru dia berkembang ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Tujuan asalnya adalah untuk menyatukan Pertubuhandan Persatuan Melayu yang berdiri sendiri dibawah satu payung yang sama.

Nama dia pun Pertubuhan. Bukan Parti. Maknanya, seawal pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO adalah untuk menyatukan orang Melayu.

PKMM hanya berdiri sendirian dan tidak bertindak secara kolektif. Bila berdiri sendirian, maka lebih mudah untuk Malayan Union patahkan perjuangan mereka.

Macam yang berlaku sewaktu penentangan Inggeris zaman Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya dulu. Mereka tewas sebab tak bersatu.

Jadi sapa yang buta sekarang ni? Jangan la sebab dah malu dengan diri sendiri, sampai fakta sejarah pun nak diputar belitkan hanya semata - mata nak membutakan mata rakyat.

Sedar la diri sikit. Jangan cakap main ikut sedap mulut je Idris Ahmad oi. Buat malu je jadi Ketua Penerangan. Isi penerangan pun main ikut sedap mulut je. Pemimpin jadahnya kalau macam tu? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping