...TERBALIK!!! Eh, Silap. TERBAIK!!!...
Buat sekian kalinya, si Menteri Besar Selangor ni menjadi bahan kutukkan dan pertikaian masyarakat secara keseluruhannya.
Dah macam - macam benda dah yang dia buat akhirnya memalukan diri sendiri aje. Bukan sebab salah orang luar, tapi sebab salah sendiri.
Berapa banyak kegagalan yang telah berjaya dia buktikan? Isu Pasir Selangor masih tak de penyelesaian. Isu air, masih jugak tak selesai.
Lepas tu siap kena saman lagi dengan pihak konsesi. Mana tak kena saman. Dia bagi air 'free' pada rakyat, kata subsidi dari kerajaan. Tapi Kerajaan seposen pun tak bayar pada konsesi.
Kalau kerajaan tak bayar, apa jadi pada pekerja SYABAS tu semua? Macam mana diorang nak bagi anak bini dia makan? Tu belum kira soal belanja isi rumah lagi.
Sebab tu la Timbalan Perdana Menteri hari ni kata, Kerajaan yang dibawah pentadbiran orang yang tak de pengalaman boleh jadi punah ranah.
Tunggang langgang jadinya. Porak peranda rakyat dikerjakannya. Habis jahanam seluruh Negeri. Tapi apa yang dia tau buat? Yang dia taunya, syok sendiri je memanjang. Lepas tu tipu rakyat.
Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, tak guna kalau ada Kerajaan baru tapi buat kerja satu pun dia tak tau. Nak menyelesaikan masalah yang sering timbul lagi la.
Yang si Khalid Ibrahim tu tau buat ialah mengabihkan masa dengan perkara - perkara yang tak penting macam nak tubuh pasukan Polis Bantuan.
Apa faedahnya dia nak wujudkan Polis Bantuan tu? Tak cukup ke Polis yang ada dalam Negeri Selangor sampai kena buat Polis sendiri?
Dah tak dapat kuasa melantik Pegawai Eksekutif Kerajaan, nak ada Polis sendiri pulak. Sultan pun tak minta ada Polis sendiri. Dia pulak yang lebih - lebihnya.
Dia tak sedar. Dengan tindakan yang dia buat tu telah membuktikan bahawa tahap bahaya didalam Negeri Selangor semakin meningkat. Sekali lagi ianya adalah kegagalan Menteri Besar.
Tengok orang lain. Contoh macam Tok Jan di Kedah. Harga tarif air naik 100% pun, rakyat masih rilek je tak buat apa - apa. 'Steady' je kena beban dek Kerajaan Negeri.
Tapi apa nak buat. Nama pun pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang. Diorang mana reti sedar diri. Semua jenis tak tengok cermin. Jadi sentiasa la fikir diri dia lebih baik dari orang lain.
Itu pun ada hati lagi nak kata rakyat Selangor masih menyebelahi dia konon. Tak sedar diri punya manusia. Buat malu je jadi Ketua Pentadbiran. Buat kerja pun tak reti. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.