Masyarakat semakin yakin kuasa rakyat Kelantan yang sedang berada di kemuncak pada waktu ini, mampu mengubah lanskap politik Negeri itu dalam masa terdekat.
Biarpun PAS dalam kenyataan yang disiar Haramkah Daily sebelum ini mengenai perjuangan Islam sekali lagi memberikan harapan palsu kepada rakyatnya.
Namun bantahan berterusan dari rakyat sekurang-kurangnya telah menekan Nik Aziz dan menggugat pengaruh PAS di Negeri tersebut.
Bantahan rakyat sejak penubuhan Gelombang Merah lalu bagai mimpi ngeri yang menjadi kenyataan kepada PAS sehingga mereka hilang arah.
Katanya, ianya boleh dibuktikan dengan beberapa kenyataan dari pemimpin PAS yang dilihat 'flip-flop', ada ketikanya menggesa Nik Aziz kekal dan ada pula mahu Mursyidul Am PAS itu berundur segera.
Masyarakat juga yakin dengan kuasa rakyat Kelantan dan PAS sekarang sangat terkejut dengan fenomena kebangkitan besar-besaran rakyat Negeri ini.
Malah mereka pun tidak dapat menentukan apa lagi yang akan berlaku nanti. Semua percaya, PAS tidak ada kekuatan lagi untuk mempertahan regim Nik Aziz yang ada ini.
Rakyat yang sebelum ini katanya diberitahu akan ada berita gembira tentang pengumuman pengunduran Nik Aziz, bagaimanapun kecewa apabila Menteri Besar yang dibantah itu memaklumkan akan terus berada di pejabat sehingga Pilihanraya Umum depan.
Berita itu ditolak rakyat yang mahu bukan sahaja Nik Aziz, tetapi seluruh kerajaan regim PAS berundur segera tanpa syarat.
Rakyat Kelantan sebenarnya bukan hanya tolak Nik Aziz, tetapi seluruh aparatus kerajaan regim itu.
Namun sehingga kini, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu masih tidak berganjak dan cuba memutar belitkan keadaan.
Penafian demi penafian mengenai dakyah songsang beliau tetap dipertahankan. Manakala kebenaran terus disembunyikan dan semakin lama akan terus dilupakan.
Rakyat tak sebodoh itu. Rakyat melihat dan mengikuti perkembangan semasa. Sekarang mereka sudah sedar bahawa perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS hanya alat dalam propaganda politik semata - mata.
Nak perjuangkan Islam? Nak menegakkan Islam? Kirim salam aje lah. Islam dia je betul, yang lain semua jahil belaka kononnya. Ceit!!! Pigidah!!!
tul2..PAS bukan Islam..Islam bukan PAs/..islam adalah islam..,,politik bukan agama ia hanya ideologi..,,,
BalasPadam