...Ini Busuk Punya Olang, Kasi Buang. Bikin Semak Saja...
Sambung sikit lagi pada tajuk artikel ni: Buat menyemak je kalau simpan pun. Bukan mendatang faedah. Menyusahkan lagi ada la.
Kritikan itu sesuai ditujukan kepada ADUN Mabuk, si Ronnie Liu tu. Dah berapa kali dia buat hal, tapi Kerajaan negeri Selangor masih jugak nak simpan dia. Kenapa?
Dulu, masa mula - mula dapat kuasa, dia bantah secara terang - terangan tindakan yang diambil oleh Datuk Hassan Ali dalam isu penjualan Arak dikawasan majoriti Melayu Islam.
Malah dia siap paksa Datuk Hassan Ali memulangkan semula arak yang dirampas kepada peniaga - peniaga serta menarik balik arahan tersebut.
Lepas tu dia pernah terlibat dalam skandal salah guna kepala surat dan cop rasmi Exco Kerajaan Negeri sehingga menyebabkan Pegawai Khas beliau, Tee Boon Hock dipecat dari menjadi ahli oleh DAP Negeri.
Tapi Ronnie terlepas dari sebarang tuduhan pada hal yang bersalah dah tentu la dia. Sebab dia jugak yang ambik Tee Boon Hock tu kerja. Patut dia pun kena tindakan disiplin jugak.
Kemudian dia buat hal lagi dengan mengeluarkan arahan agar premis perniagaan yang ada dibawah Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak mempamerkan logo 1Malaysia.
Katanya, logo tersebut mempopularkan propaganda 1Malaysia yang dicanang dan dijadikan agenda oleh Barisan Nasional.
Tindakan tersebut mendapat perhatian Lim Kit Siang yang menyatakan tak perlu buat larang tersebut. Sebab larangan itu katanya hanya akan membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang takut dengan agenda tersebut.
Terkini, dia sekali bantah arahan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Hassan Ali. Kali ni mengenai larangan pekerja muslin bekerja di premis yang menjual arak.
Konon kata dia, dia simpati dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka yang terlibat jika larangan itu tetap berkuat kuasa.
Dengar cerita pulak, Kerajaan Negeri Selangor akan merombak barisan Exconya tak lama lagi. Katanya, nama si Ronnie Liu ni duduk dalam senarai teratas.
Namun malang buat si kaki mabuk ni, bukan senarai yang akan kekal. Tapi senarai yang bakal disingkirkan.
Liu yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Hal Ehwal Perumahan Selangor katanya dah hilang cengkaman terhadap pihak berkuasa tempatan.
Mana tak hilang cengkaman kalau dah asyik menyibuk je dalam urusan kerja orang lain. Jadi memang patut pun beliau dibuang dari menyusahkan orang.
Kalau simpan pun bagus jugak. Biar dia menyusahkan kerja Khalid Ibrahim dan konco - konconya. Baru padan dengan muka diorang!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.