Heran jugak. Diorang dok sibuk buat demo di Kuala Lumpur. Kenapa diorang tak buat benda yang sama kat Negeri - Negeri bawah pentadbiran sendiri ye?
Ke demo bantahan yang dibuat terhadap kedutaan Mesir dan Amerika tu hanya disokong oleh puak - puak mereka yang ada di Kuala Lumpur sahaja?
Yang lain tak menyokong ke? Itu persoalan yang timbul tatkala Semut berbicara dengan sahabat sambil makan tengahari tadi.
Katanya, kalau ada demo, mesti di Kuala Lumpur. Kenapa? Sedangkan di negeri - negeri lain ada jugak pembangkang. Buat la di Negeri masing - masing, buat semak kat KL ni buat apa? Menyusahkan orang.
Itu cerita pasal demo. Cerita mengenai desakan pembangkang agar pihak Kerajaan Malaysia turut mencontohi kebangkitan rakyat Mesir juga turut terselit dalam perbualan tadi.
Kata mereka, di Malaysia pun ada juga Gelombang yang sama. Tapi diorang saja buat tak tau je. Angan - angan mat jenin katanya. Program cari makan pemimpin BN kononnya.
Tapi tak pulak mereka lihat kebangkitan Gelombang Merah itu sebagai satu bantahan dari kalangan rakyat Kelantan sendiri?
Ke memang mereka jenis yang suka meminggirkan pandangan rakyat? Ke diorang nak rakyat buat rusuhan yang sama macam yang berlaku di Mesir baru nak sedar?
Maka dari perbualan tersebut, boleh disimpulkan perbezaan jelas diantara puak pembangkang dan penyokong Kerajaan BN.
Pertama, puak pembangkang ni hanya tahu bercakap. Tapi mereka tak berani buat, mereka tak berani ambil tindakan. Kalau nak buat pun, buat kat tempat orang. Tak nak buat kat tempat sendiri.
Malas nak menyusahkan diri sendiri kot. Biar menyusahkan orang lain tak pe. Asalkan jangan buat kecoh kat tempat mereka.
Yang keduanya, mereka jelas meminggirkan rakyat. Tapi desak orang lain suruh mencontohi kebangkitan rakyat Mesir. Kebangkitan rakyat sendiri dia buat - buat buta je.
Tak kira la Gelombang Merah tu asal dari UMNO, masih lagi rakyat Negeri. Jelas mereka meminggirkannya. Sampai dah siap sedia nak menentang kebangkitan rakyat.
Itulah pembangkang. Diorang bukan tahu apa yang diorang cakap. Kalau cakap pun, main ikut sedap mulut je. Bila kena batang hidung sendiri, diorang buat dek je.
Macam - macam alasan yang keluar. Tapi alasan semua bodoh bangang belaka. Nak membela rakyat konon. Cermin la diri sendiri dulu. Baru pertikai pasal orang lain.
kelantan bukan ke dh membangun bersama Nik Aziz...? Nik Aziz semuanya yg betul...org lain semua salah...nilah jadinya
BalasPadamCeit!!! Pigidah!!!
BalasPadamwalau ape pn gelombang yg melanda negeri Kelantan, PAS ttp utuh dihati rakyatnye..kecuali la Gelombang yg MAHA ESA kta manusia tidak dapat menghalangnya..jadi nak bercakap kna fikir dlu jgn main bantai je..taubat la wahai manusia.
BalasPadam