Kemelut PKR di Sabah telah menampakkan wajah sebenar Ketua Penipu Rakyat itu kepada masyarakat Malaysia. Memang patut la dia sibuk nak pakai 'make-up'. Buruk sangat rupanya.
Nampanya, banyak benda yang berlaku disebalik perletakkan jawatan Pengerusi PKR Negeri itu yang berlaku baru - baru ni.
Kemelut itu sehingga menyebabkan Pajudin Nordin meletakkan jawatan, keluar parti dan menyertai UMNO akhir bulan lalu.
Dia yang baru sebulan dilantik oleh Kepimpinan PKR Pusat untuk menerajui PKR Sabah rupanya tidak disenangi oleh Ketua Cabang lain dan juga ahli akar umbi.
Katanya, pasca perlantikan beliau itu turut menimbulkan perebutan kuasa antara dua kumpulan dan beliau terhimpit ditengah - tengah.
Sebuah laporan yang disediakan oleh Fuziah Salleh memperincikan apa yang berlaku dengan menyaksikan proses rampasan kuasa terhadap Pajudin.
Katanya, Pajudin telah dibawa dan ditahan tanpa kerelaannya. Nasib baik beliau ditahan dan dibawa bukan untuk diliwat.
Fuziah Salleh yang sepatutnya menyelesaikan masalah barisan Kepimpinan baru parti di Sabah turut diheret dan didesak pada satu sesi pertemuan sulit 18 orang Ketua Cabang.
Mereka tidak menghadiri mesyuarat yang dijadualkan di Ibu Pejabat parti pada hari yang sama kerana mahu mengelakan diri dari berdepan dengan Ketua Cabang Batu Sapi yang katanya menjadi punca 'situasi negatif' tersebut.
Belum lagi dapat kuasa memerintah Negara, dah mula berebut kuasa. Nampak sangat PKR ni bukan berjuang untuk rakyat, tapi untuk kuasa.
Salah sapa semua ni? Dah tentu la salah si Ketua Penipu tu. Sebab si Ketua Penipu tu pun gila kuasa. Tu sebab la anak - anak buah dia kat bawah pun gila kuasa.
Ada dia kisah PKR Sabah tu bergolak? Mana ada. Dia dah tahu perkara itu akan berlaku. Dia tak peduli pun suara akar umbi. Yang dia lantik juga si Pajudin tu buat apa? Kan dah buruk muka.
Kalau dia dah tahu perkara itu akan berlaku, yang dia buat juga kenapa? Tak ke bonggok namanya tu? Nak jadi Perdana Menteri konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.