Khamis, Februari 10, 2011

Biasanya yang buat kerja - kerja menyebarkan gosip ni wartawan hiburan je. Tak sangka la pulak si Mahfuz Bean ni pun ada hajat nak jadi wartawan hiburan.

Beliau hari ni secara tidak lansung telah menghalalkan penyebaran fitnah buat pengikut - pengikut PAS keseluruhannya.

Tapi dia tak panggil la penyebaran fitnah. Dia panggil 'Revolusi Mulut ke Mulut'. Macam nak buat bantuan CPR la pulak. 

Tapi mungkin la. Sebab diorang pun dah nyawa - nyawa ikan dah sekarang ni. Sebab tu la mintak pengikut - pengikut bagi bantuan mulut ke mulut.

Kononnya revolusi tu sudah cukup untuk buat UMNO dan BN kecundang pada Pilihanraya Umum akan datang.

Menurut beliau, tak perlu ikut rakyat Mesir yang menggunakan Facebook untuk menghukum Presiden mereka, Hosni Mubarak.

Aik!!! Hari tu dia jugak yang beria - ia suruh Datuk Seri Najib tiru gerakan revolusi rakyat di Mesir. Sekarang tak payah tiru pulak?

Kata Mahfuz lagi, revolusi Mulut ke Mulut ni pun dah memadai asalkan ianya dilaksanakan secara agresif, sudah pasti dah lama UMNO dan BN tumbang.

Bagi beliau, yang menjadi masalahnya rakyat terutama orang Melayu tidak mahu membuka mulut untuk menyedarkan orang lain.

Memang la. Sebab rakyat dan juga orang Melayu terutamanya masih berpegang kepada ajaran Islam. Bukan macam dia.

Dia lupa ke bahawa dalam Islam dilarang untuk menyebarkan fitnah? Hukum fitnah umpama sama dengan hukum membunuh saudara sendiri.

Sebab fitnah lah sesebuah Negara boleh runtuh. Sebab fitnah la boleh tercetus hura - hara dan menjejaskan keamanan.

Adakah itu yang dia nak capai sebenarnya dalam revolusi ini? Mencipta keadaan huru - hara dengan menyampaikan cerita tak betul?

Ini ke yang dikatakan perjuangan Islam? Suruh rakyat bertelagah sesama sendiri dan menyebarkan fitnah merata - rata? Islam jadah dia macam tu. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ntah faham ke idak makna revolusi tu...

    sejak bila plak perjuangan cuma bermodalkan air liur je...nak2 lagi tak tau apa yang dia cakap...tak tau apa yang dia maksudkan...lama2 sama2 biol....

    depa ni da biol bertambah biol....gilosss!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping