Isnin, Februari 21, 2011


Ni satu bukti jelas penyelewengan PAS dalam perjuangan Islam. Apabila terasa diri sendiri banyak buat dosa, jadi masuk la PAS. 

Jadi secara tak lansung, PAS menghalalkan perbuatan dosa dikalangan masyarakat. Dan bila dah sedar serta mahu dosa diampunkan, masuk PAS. Gerenti dosa - dosa tu semua akan terhapus.

Itu la antara alasan kenapa Bob Lokman masuk PAS. Dia kata dia masuk PAS sebab tengok anak - anak dia terabai.

Kata dia lagi, dia masuk PAS sebab dia ada masalah dalam sistem kehidupan. Dia nak mendidik anak dia dengan jalan Islam.

Tapi anak dia katanya ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan dan sistem masyarakat.


Dirumah, kata dia, dia suruh anak dia sembahyang. Tapi di luar, ada pulak orang yang selalu ajak anak dia buat benda lagho.

Masa dia muda dulu, dia tak sedar kononnya dan sekarang dia rasa bertanggungjawab pada anak - anak.

Ni salahkan sapa sebenarnya? Nak salahkan sistem? Sistem siapa? Dia jelas sebagai seorang bapa gagal menjalankan tanggungjawab dia memantau dan mendidik anak - anak. Nak salahkan sistem apa pulak?

Yang dia sibuk sangat dengan hal dunia dulu tu kenapa? Tanggungjawab sendiri diabaikan. Jangan la jadi manusia yang susukan beruk, anak kat rumah mati kelaparan.

Lepas tu kata dia, anak dia dok ikut sangat 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' kononnya. Itu dasar Kerajaan yang diaplikasikan kepada seluruh masyarakat.

Bukan untuk orang Islam sahaja. Tapi untuk semua kaum. Dasar itu menjadi kunci dan amanat kepada pemimpin Kerajaan agar tidak leka dari menjaga rakyat.

Jadi tak de kena mengena pulak dengan pengabaian terhadap agama. Memang dalam Islam Allah perlu diutamakan. Tapi itu bagi Islam. Bagi agama lain, lain pulak keutamaan mereka.

Tak timbul soal dasar tersebut tidak mendahulukan Allah dan mengutamakan taqwa. Iitu tanggungjawab seorang Muslim. Takkan itu pun dia tak tahu?

Macam tanggungjawab Kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur Masjid. Takkan nak suruh rakyat pergi masjid tu pun Kerajaan juga yang kena buat? 

Jadi muslim, tapi tak tahu tanggungjawab, apa gunanya? Maka secara tak lansung, dia sendiri tak faham konsep Rukun Islam kalau dah Kerajaan pulak yang kena paksa pergi ke Masjid.

Semut bukan nak pertikai mengenai hidayah yang dia terima untuk mempelajari Islam. Bagus sangat dah kalau dia pilih jalan Islam untuk mendidik anak - anak. 

Bagus dah dia sedar akan kesilapan diri dia sendiri dan tak salah kalau dia nak ubah dari kehidupan yang baik kepada yang lebih baik.

Tapi yang menjadi persoalannya, sebab dia masuk PAS tu tak masuk akal. Nak jadi Islam dan menjalani kehidupan seorang Muslim, wajib ke masuk PAS? Perlu ke?

Nak jadi baik, ubah cara hidup dan mendidik anak - anak kena masuk PAS dulu, macam tu? Sedangkan anak - anak pemimpin PAS sendiri pun perangai macam setan, apa cerita?

Jadi dah terbukti bahawa kalau ayahnya PAS, anaknya pun boleh jadi baik juga. Takkan dia tak dengar lagu Raihan yang antaranya berbunyi: Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa.

Nampak sangat puak - puak PAS ni sebenaranya dah terdesak dan menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Kalau mereka buat, tak pe. Kalau orang lain buat, tak boleh.

Jangan la bagi alasan bodoh macam tu. Mengaku je diri sendiri selama ini jahil, jauh dari agama. Tak payah nak besar - besarkan cerita kata masuk PAS boleh jadi baik.

Yang PAS pun tak payah nak bangga sangat la. Semua orang dah tau tu semua wayang belaka. Menipu je kejenya. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. macam setan je pengakuan mamat ni..salah dia yang tak reti nak ngajar anak, mai2 la ni nak salahkan kerajaan terus. Bengong!

    BalasPadam
  2. Ada sesetengah mungkin berfikir yang masuk PAS lebih mudah menjauhi dosa? Betul ke? Sebab tu Pok Nik berani janjikan syurga. Pasni boleh la minta kunci syurga kat Pok Nik untuk diduplicate ya...

    BalasPadam
  3. Dalam hidup ... ada 3 perkara yang kita tak dapat elak. 1) Lupa 2) Sakit 3) Mati.

    Jelas sekali Bob Lokman telah lupa tanggung jawab sebagai ketua keluarga. Kalau benar dia dapat hidayah ... pi lah ke Mekah ...mohon petunjuk dari Allah SWT.

    Tindakan masuk PAS takkan ke mana ... silap-silap, lari dari mulut harimau ..masuk mulut buaya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah saudara Bob Lokman diberikan Hidayah oleh Allah SWT, dan ingin mendalami ilmu agama..

    Cuma, apasal la pegi pilih parti politik untuk mendalami ilmu agama? se-elok eloknya, carila guru yang takde sangkut paut dengan politik untuk mendalami Islam.. Guru-guru yang neutral macam ni, selalunya akan merungkai kemusykilan berlandaskan al-quran dan hadith.. baru betul..

    kalau pilih guru-guru yang bersangkut dengan parti politik, kebanyakannya, akan merungkai kemusykilan melalui fahaman politik dan keadaan politik semasa..

    Pada aku, lebih elok kalau saudara Bob Lokman join Tabligh, daripada join parti politik..

    Kepada saudara Bob Lokman, pikir balik la untuk kesekian kalinya.. niat saudara tu bagus, tapi, pilih la guru yang lebih elok supaya pembelajaran saudara tak tersilap..

    sekadar peringatan untuk saudara sesama islam..

    BalasPadam
  5. salam =)
    positif thinking,jangan jadi hamba kepada organisasi tetapi jadi hamba kepada Allah itu yang lebih bererti.Mungkin Bob Lokman memulakan pencarian 'diri'nya dan figure Islamnya melalui Pas.adakah itu satu kesalahan?carilah kebenaran di mana2,jangan politikkan Islam.doakanlah dia dan diri kita sama-sama menjadi hamba Allah yang diredhaiNya dan sentiasa berada dalam kebenaran.Politik yg baik tidak menjadikan kita emosianal tetapi menjadikan kita lebih matang dalam melihat sisi-sisi kehidupan yg sementara ini.=)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping