Bukan niat Semut nak menjatuhkan maruah dan kredibiliti Mursyidul AM PAS ni. Jauh sekali nak mempertikaikan ketinggian ilmu agamanya. Tapi kenyataan yang dikeluarkan beliau sangat mengecewakan.
Dulu Semut cukup 'respect' dengan Nik Aziz sebab cara hidup dia. Semut pernah berjumpa dengan beliau sendiri dirumahnya Kg. Pulau Melaka.
Tapi prinsip yang dia pegang, baik dalam politik mahupun dalam agama sejak akhir - akhir ni dah merobohkan rasa hormat terhadap beliau.
Isu mengenai Mursyidul Am PAS yang menolak sahutan debat dengan Prof. Mohd Noor Deris telah membuktikannya.
PAS lebih rela mati untuk Karpal Singki Pecah dari menegakkan Islam yang mereka bawa. Yang peliknya mereka tuduh orang lain jahil.
Ia menjadi satu tanda tanya sampai hari ini buat Semut. Orang lain tak pasti la pulak. Kenapa Nik Aziz takut nak berdepan dengan Mohd Noor Deris? Apa sebabnya?
Jangan bagi alasan bodoh kata Mohd Noor Deris tak de kelayakan, tauliah dan kedudukan serta sebagainya. Alasan tu hanya layak digunakan kalau orang tu benar - benar penakut je.
Jadi, adakah Nik Aziz seorang yang penakut? Takut nak menegakkan kebenaran? Biar pun yang tergugat akidah Islam yang kononnya menjadi asas perjuangan PAS?
Menyedihkan! PAS yang dulu gah dengan perjuangan Islamnya dah dilacurkan oleh seorang manusia bernama Nik Aziz. Jelas beliau hanya memperalatkan Islam dalam perjuangan politiknya.
Tak malu ke dia mengaku dirinya sebagai seorang Tok Guru yang menegakkan Islam? Tak malu ke dia kepada orang yang dituduhnya Jahil?
Mana perginya orang - orang yang kuat sangat menyokong beliau? Kenapa tak desak Nik Aziz agar menerima sahutan terhadap cabaran beliau itu bagi membuktikan Islam PAS lebih tulen dari orang lain?
Mana Mahfuz Omar? Mana Mat Sabu? Mana Khalid Samad? Mana Nizar Jamaludin? Adakah mereka ini juga sependapat dengan Nik Aziz dan rela Islam dilacurkan sedemikian rupa?
Ini soal akidah Islam. Kalau pemimpin serta pengikut PAS masih berpegang teguh kepada apa yang disampaikan oleh Nik Aziz, bererti mereka pun dua kali lima jugak dengan Nik Aziz. Penakut!
Dah la penakut, cakap tak serupa bikin. Memang cakap orang macam Nik Aziz ni dah tak boleh pakai. Cakap je pandai, buat takut. Dah berani cakap, tapi tak berani tanggung.
Ada hati nak tuduh orang jahil dan menyifatkan orang lain jahiliyah kalau tak menyokong dia. Islam ke yang ajar macam tu? Tok Guru konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.