Jumaat, Februari 11, 2011

Alahai, itulah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang sibuk berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu (ada pembaca kata tadi 8 hari) sampai mengabaikan perkara lain.

Sempat lagi nak tuduh orang lain pulak tu. Pada hal masalah tu timbul sebab kurang sifat tanggungjawab dikalangan sendiri. Bukan salah orang lain pun.


Yang pertama mengenai si Sam Ketot. Konon dia dakwa BN amalkan sikap hipokrasi dalam isu sambutan Hari Valentine.

Kata dia, Kempen Penguatkuasaan yang dibawa oleh Pemuda PAS hanya perangkap minda rakyat agar lari dari fokus sebenar.

Hipokrasi apa pulak yang si Sam maksudkan ni? Cadangan tu datang dari Ketua Pemuda PAS sendiri. Tak de pulak kena mengena dengan BN.

Dia yang tak sehaluan dengan cadangan serta pandangan Nasarudin Hassan, nak tuduh BN ni pasal apa? Dah tak de 'point' lain ke? 

Lepas tu dia nak bangga pulak kata persefahaman dan muafakat diantara Pemuda Pakatan Pembangkang lebih baik. Dei! Pigidah!

Kalau betul sepakat dan sefahaman, laksanakan la cadangan Nasa tu. Desak Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Pembangkang agar melaksanakan saranan Ketua DPP tu.

Ini tidak. Asyik nak menyalak salahkan orang itu ini. Macam la dia tu bagus sangat. Nak ambik pendekatan secara hikmah konon. Menipu rakyat je kejenya.


Kedua, kes Masjid kotor. Baru ini Nik Aziz kata dia kesal sebab banyak tandas di Masjid Kelantan kotor. Dah berapa lama dia memerintah di Kelantan? Takkan baru ini dia sedar kot?

Kata Menteri Besar Kelantan tu, dia mengakui kebanyakkan tandas Masjid di Negeri tersebut masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.

Mursyidul Am PAS tu juga turut kesal dengan tindakan umat Islam di kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan tandas Masjid.

Secara tak langsung, keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat dan sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

Dah tau, yang dia tak buat pasal apa? Kata PAS memperjuangkan Islam. Kalau mereka benar - benar memperjuangkan Islam, tak mungkin perkara ni boleh berlaku.

Yang dia jadi Menteri Besar selama ni apa dia buat? Kenapa dia tak bagi peruntukan tersebut kepada Masjid berkenaan? 

Dah la tu, dia nak salahkan rakyat pulak tak bertanggungjawab kononnya. Yang dia tu bertanggungjawab sangat lah sampai baru sekarang nak sedar? Dah buat salah, tak nak mengaku pulak tu.

Tak malu ke dengan Kalipah Lim Guan Eng yang kononnya memperuntukkan 2 kali ganda wang penyelenggaraan Masjid di Pulau Pinang? Itu kononnya saja. Sama ada dia bagi ke tidak tak tau la pulak.

Inilah contoh jelas pengabaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang yang sebenarnya. Yang jelas, mereka sememangnya tidak bertanggungjawab.

Kata - kata perjuangan mereka hanya retorik semata - mata. Cakap dimulut, laksananya tidak sama sekali. Pandai cakap, tapi tak pandai buat. 

Yang diorang tau buat ialah salahkan orang lain itu ini. Nak harapkan diorang untuk bertindak, kirim salam je la. Lagi nak kutuk orang. Diri sendiri dia tak kaji. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping