Selasa, Mac 01, 2011


Kalau nak cerita pasal Bob Lokman ni, banyak benda yang boleh kita cerita. Boleh buat tiga empat siri kalau betul - betul nak mempertikaikannya.


Tapi perlu diingatkan kepada semua. Semut tidak mempertikaikan hidayah yang diberikan Allah S.W.T kepada dia.

Semut hanya mempertikaikan tindakan beliau yang kata nak mendekati Islam tapi kena masuk PAS dulu. Kenapa kena masuk PAS?

Kalau kita tengok orang lain yang 'berhijrah' dikalang selebriti ni tak masuk PAS pun, ok je diorang. Tak de pulak beria - ia bermegah - megah nak kata dia dah terima hidayah.

Dan tak de pulak diorang beria - ia nak menentang Kerajaan secara terang - terangan. Yang si Bob ni lain pulak. Dah dapat hidayah, beria - ia pulak dia nak bermegah - megah dengannya. Itu ajaran Islam ke tu?

Dia baru je dapat hidayah Allah. Tapi dia buat dosa dengan mengutuk serta mempertikaikan orang lain, itu dan ini. Ajaran Islam ke tu?

Yang keduanya, Bob Lokman ni secara tak lansung membetulkan pendapat masyarakat bahawa PAS hanya sebuah Parti Politik yang mempergunakan Islam sebagai alat dalam propaganda politik mereka.

Tujuan dia turun ke Merlimau dan ke Kerdau baru - baru ini hanya taktik PAS untuk menarik undi dikalangan pengundi muda di kedua - dua kawasan.

Sebab ceramah yang disampaikan oleh si Bob ni pun bukan berbentuk keagamaan. Tidak ada lansung perkara yang menjurus kepada dakwah Islam yang sebenar. 

Sebaliknya, dia hanya mengajak masyarakat setempat agar terus membenci sesama manusia. Dakwah Islam ke yang ajar agar umatnya bertelagah sesama sendiri ni?

Yang seterusnya, Bob Lokman ni secara tak lansung mengutuk rakan - rakan seperjuangannya dikalangan artis kerana masih terjebak dalam dunia lagho kononnya.

Walaupun dia tak cakap secara terus, tapi secara kiasannya dia menggambarkan kehidupan sebagai artis ni hanya melekakan sahaja.

Dia jadikan diri dia sebagai contoh yang kononnya dulu alpa dengan duniawi sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jadi salah sapa tu sebenarnya?


Yang terakhir, kita tengok pada pemakaian si Bob Lokman ni. Dia pakai jubah dan bertongkat kononnya nak tiru ala - ala Mursyidul Am PAS.

Bukan ke sepatutnya dia jadikan Rasulullah S.A.W. sebagai idolanya? Kenapa pulak Nik Aziz yang nak dia banggakan?

Jadi sekali lagi Semut nak jelaskan. Bukan mengenai hidayah Bob itu yang jadi pertikaian. Tapi sebab dia masuk PAS itu yang dipersoalkan.

Sepatutnya dia dah dapat hidayah, dia berwasatiah. Bukan turut serta dalam kempen politik, mengutuk orang itu ini dan bermegah - megah kerana dapat hidayah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. setuju ! kalo btul nk berubah.nape mesti masuk parti politik...be neutral lerr baru besh ! ini dah di usung kesana kemari...abis citer rr

    BalasPadam
  2. mualaf ni kalau baru nk kenal agama/nk masuk islam, nape masuk isle pas? kesian.... :-(

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping