...Bukan Agama Sahaja Yang Diorang Sanggup Peralatkan...
Hah! Kali ni PAS di tampar pada muka mereka sekuat - kuatnya. Tapi haram diorang nak sedar apa yang mereka sedang buat sekarang ni secara tak lansung meludah muka sendiri.
Masih segar dan merah lagi rasanya penampar Melayu yang dihadiahkan oleh Tun Mahathir dimuka Nik Aziz tatkala Mursyidul Am PAS itu mempertikaikan Tun.
Kata Nik Aziz, Tun Dr. Mahathir perlu bertanggungjawab kerana melupuskan tulisan jawi sehingga mengakibatkan anak muda generasi hari ini buta Al-Qur'an.
Jawapan Tun Mudah. Kalau Nik Aziz dan puak - puak PAs tu beria - ia sangat nak perjuangkan bahasa Jawi, kenapa akhbar Harakah tidak ditulis dalam bahasa itu?
Kalau dia sibuk sangat nak mempopularkan bahasa jawi, kenapa keluaran Harakah tu masih dalam bahasa rumi? Buat la bahasa jawi semua sekali.
Malah buku yang ditulis beliau juga adalah dalam bahasa rumi. Kenapa dia tak buat dalam bahasa Jawi?
Kali ini, sekali lagi muka Mursyidul Am PAS itu ditampar sekuat hati. Tapi bukan oleh orang - orang dari Barisan Nasional. Sebaliknya Nik Aziz ditampat oleh ahlinya sendiri.
Dia sibuk nak memperjuangkan Islam dan tulisan Jawi. Tapi anak - anak buah dia pulak mempertikaikan seorang insan berkelulusan Bahasa Arab yang juga mahir dalam tulisan jawi.
Mereka menampilkan persoalan, adakah seorang yang berkelulusan bahasa arab atau berkelulusan profesional yang menjadi pilihan rakyat?
Bila mereka menemu-ramah penduduk setempat mereka turut menyatakan bahawa mereka mahukan ilmu dan lebih bimbingan agama berbanding kemudahan material.
Jadi persoalan yang sama juga perlu ditanya semula kepada mereka. Sekarang ni diorang nak siapa yang sebenarnya untuk jadi wakil?
Seorang yang ada berkelulusan dalam Agama dan mahir dalam bahasa Arab atau seorang yang berkelulusan dalam bidang profesional menjadi wakil mereka?
Lagi best dengar alasan Tuan Ibrahim yang kata keperluan di Kerdau bukan Agama. Keperluan mereka ialah calon profesional. Jadi calon Agama tak diperlukan.
Tengok macam mana diorang putar belitkan isu. Bagaimana mereka memanupilasikan agama sebagai alat propaganda politik. Bila perlu, diorang guna agama.
Tapi dalam keadaan sekarang, Agama tu pulak tidak dijadikan satu keperluan. Yang mana satu yang betul ni?
Lagi best dengar alasan Tuan Ibrahim yang kata keperluan di Kerdau bukan Agama. Keperluan mereka ialah calon profesional. Jadi calon Agama tak diperlukan.
Tengok macam mana diorang putar belitkan isu. Bagaimana mereka memanupilasikan agama sebagai alat propaganda politik. Bila perlu, diorang guna agama.
Tapi dalam keadaan sekarang, Agama tu pulak tidak dijadikan satu keperluan. Yang mana satu yang betul ni?
Jangan hanya cakap sedap, tapi buat tak reti. Jangan la jadi munafik, cakap itu lain, cakap ini lain. Nanti yang malu diri sendiri.
Katanya diorang ni memperjuangkan Islam sangat. Tapi sekarang dah nak melebihkan calon yang lebih material dari Islam pulak apa ceritanya? Nampak sangat diorang saja nak putar belit. Menipu je la keje diorang ni. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.