Dari dulu lagi Semut dah bagi cadangan agar judi dan arak ini diharamkan secara total. Saranan Kerajaan Kelantan terhadap larangan ini sangat - sangat dialu-alukan.
Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya untuk mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri di Negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan kata, keputusan itu dibuat kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.
Jadi memang patut sangat la judi dan arak tu diharamkan terus diseluruh Negara dan bukan setakat di Kelantan je.
Lagi pun kat Malaysia ni bukan ada bangsa lain. Yang ada Melayu dan rakyat yang beragama Islam je. Hak dan tuntutan dari bangsa lain tu tak perlu dilayan. Mungkin itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS di Kelantan.
Tapi buat apa Menteri Besar Kelantan tu masih nak layan kunjungan Chua Soi Lek tu? Dan kenapa Pemimpin DAP beria - ia sangat suruh PAS kaji semula tindakan mereka?
Bukan ke Setiausaha Agung DAP sendiri pernah kata, judi bukan amalan biasa bagi bangsa lain terutama dari kalangan rakyat yang berbangsa Cina.
Kenapa mereka tak salahkan PAS kerana menarik hak rakyat bukan Islam mengenai perkara ini seperti dalam tuntutan mereka terhadap Kitab Injil dalam Bahasa Melayu tu?
Kan dah kena pada batang hidung sendiri. Bukan tak boleh nak haramkan judi dan arak ni. Tapi hak rakyat bukan Islam, nak abaikan saja ke?
Demikian jugak dengan isu mengenai penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu tu. Tau pulak diorang buat tuntutan dan PAS jugak menyokong tuntutan tersebut.
Kata PAS ia bagi menghormati agama lain. Dan menjadi satu tuntutan dalam Islam agar menghormati hak orang lain. Tak ke cacamarba jadinya?
Jadi tidak la zalim sangat Kerajaan Malaysia ni rupanya. Sebab mereka masih menitik beratkan tuntutan dan hak rakyat secara keseluruhan. Bukan hanya mementingkan satu - satu pihak sahaja macam sesetengah puak Pembangkang tu.
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
Kerajaan PAS di Kelantan mesti tegas dgn pengharaman judi utk memastikan undi rakyat tak berubak ke BN pada PRU13 nanti.
BalasPadamKalu boleh haramkan arak sekali lagi baik.
Cam ne BN nak rampas Kelantan bila PAS haramkan judi dan arak ?
Satu cabaran utk pemimpin UMNO Kelantan.
Nani Cheras.