Keadilan!!! Itu yang jelas dapat dilihat tatkala berita mengenai kematian adik kepada Peguam Bela Anwar, Karpal Singh.
Atas sifat rasa belas kasihan dan perikemanusiaan, pihak pendakwa bersetuju dengan tuntutan pasukan pembelaan Anwar Ibrahim itu.
Peguam pasukan pembelaan Anwar, SN Nair memohon agar penangguhan kes dakwaan meliwat yang dilakukan oleh Anwar terhadap pembantu khasnya, Mohd Saiful ditangguhkan sehingga Isnin depan.
Kata SN Nair, Karpal perlu berada di Pulau Pinang bagi menguruskan upacara pengkebumian adiknya dan menjalankan beberapa acara keagamaan selama dua atau tiga hari.
Itu yang dikatakan Keadilan. Toleransi dan sikap bertolak ansur pihak pendakwaan bagi mencapai matlamat untuk menyelesaikan masalah.
Maka Semut juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal atas kehilangan ahli keluarga mereka itu.
Cuma diharapkan sifat toleransi pihak pendakwaan itu akan dapat dibalas dengan cara yang sama untuk menyelesaikan kes ini.
Bila selesai Karpal berkabung nanti, diharapkan Anwar juga sudah bersedia untuk memberikan sampel DNAnya secara sukarela. Jangan berdolak dalih lagi dengan alasan - alasan yang tak masuk akal.
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
PAS beri jaminan, adiknya masuk syurga. sekian
BalasPadamkalau karpal yg mati... moh ler pakat langkah mayat dia ramai2... dia kan pernah suruh langkah mayat dia kalau nk negara islam...
BalasPadam