Awal pagi tadi kita suruh Anwar ambik tindakan sekiranya apa yang didakwa terhadap dia tu tidak benar. Kalau dia berani, saman la Zulkifli Nordin tu.
Itupun KALAU dia berani la kan. Dengan Ummi Hafilda ni pun dia tak berani, inikan pulak kalau Zulkifli Nordin tu. Lagi la dia 'ketar' lutut gamaknya.
Kalau apa yang didakwa oleh Zulkifli itu satu fitnah, Anwar patut ambik tindakan dan menyaman Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.
Buat macam Ummi Hafilda ni. Dia berani ambik tindakan terhadap sebarang fitnah yang dilemparkan kepada dia.
Sebelum ini, ada mamat yang dikenali sebagai Baginda Minda tampil konon nak buat siri Gelabah untuk 'membogelkan' si Ummi ni.
Kata Baginda Minda atau nama sebenar dia Nor Azman Abdullah, Ummi sendiri ada masalah 'moral'. Tapi dia nak tunjuk baik la konon dan sering kali mempertikaikan Anwar Ibrahim yang jelas tak bermoral itu.
Oleh sebab dakwaan yang dibuat oleh Baginda Minda dalam Malaysiakini, semalam Ummi telah mengambil langkah memfailkan saman RM100juta terhadap Baginda dan juga Malaysiakini kerana menyebarkan fitnah tersebut.
Ummi juga mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman itu semata - mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.
Hah! Kan dah tak pasal - pasal je kena saman. Ni yang orang kata, tiada beban batu digalas ni. Elok - elok tak de penyakit, saja cari penyakit.
Ini baru orang kata berani kerana benar. Bukan macam Si Al - Juburi tu. Kalau dia rasa dia dipihak yang benar, ambik tindakan. Buktikan kebenaran tu. Jangan banyak berdolak dalih dan menipu rakyat je kerjanya. Ceit!!! Pigidah!!!
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
Aku amat hormat orang Serawak. SiBaginda ni buat malu orang Serawak je.....
BalasPadamHarap2 perbicaraan ini di mula dengan segra.
saman je smpai tinggal selipar je..baru diorg tau tinggi rendah langit.
BalasPadam