Memang patut sangat la PKR ni kena ubah imej mereka yang terjejas teruk dalam pemilihan parti tahun lepas. Sebab makin hari, makin teruk rupa pemimpin mereka sejak akhir - akhir ini.
Bukan sekadar imej dan rupa paras je yang teruk, perangai mereka pun makin buruk. Jadi tak salah la sahabat Semut semalam mempertikaikan rupa Anwar yang katanya semakin hilang seri itu.
Kalau tengok muka si Ciputdin ni pun sama. Bulan pun kalah dengan dia. Dah la buat kerja pun lembab. Yang dia taunya nak cuba tutup kesalahan 'bos - bos' dia sahaja.
Maka atas sebab itu, dia dicabar oleh Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim agar menjelaskan isu penyerahan sampel DNA Anwar kepada pihak Hospital.
Khabar angin katanya si Azmin Ali merupakan individu yang bertanggungjawab menghalang Anwar daripada menyerahkan sampel tersebut untuk siasatan.
Jadi kata Zamil, si Ciputdin ni yang paling layak untuk memberikan penjelasan tentang perkara tersebut selain 'galak' mendedahkan benda lain di Parlimen.
Sebelum ni, dia nak tunjuk 'Hero' konon dengan membuat dakwaan bahawa si Gobala ada menerima habuan untuk keluar dari PKR.
Tapi yang peliknya, Gobala dilaporkan akan menyertai parti KITA. Namun, puak - puak PKR tetap menunding jari kepada UMNO/BN diatas keputusan Gobala itu.
Secara tak lansung, mereka nak buat la dakwaan bahawa Gobala lompat keluar dari PKR sebab habuan dari BN konon.
Ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam diorang agaknya. Nampak sangat diorang cuba nak sembunyikan kisah DNA yang ada kaitan dengan Anwar yang sedang berlaku dimahkamah sekarang ni.
Jangan ingat rakyat akan terpedaya dengan dakyah songsang diorang tu. yang rakyat nak tahu sekarang ni ialah kebenaran.
Jadi beranikah si Ciputdin ini membuat penjelasan seperti yang diminta? Atau dia akan tetap berdalih seperti mana yang dilakukan oleh Anwar dalam kes liwat beliau?
Anwar mungkin lupa bahawa Kebenaran hanya akan terbukti dengan keberanian. Bukan dengan sikap bacul yang sering menyalahkan itu dan ini!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.