Semalam Tun Daim Zainuddin mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan dalam Pakatan ini hanya satu Konspirasi politik semata - mata.
Kulasegaran pagi tadi kata, kenyataan Tun Daim tu tidak berasas dan tidak merujuk kepada realiti politik semasa.
Tapi tak sampai 24 jam kemudian, berlaku lagi konflik konspirasi politik mereka di Sarawak. Dengar kata pengagihan kerusi di Sarawak masih belum dapat diselesaikan.
Semuanya kerana sifat tamak haloba PKR yang nak merebut lebih banyak kerusi dari parti komponen lain.
Diorang katanya hanya berjaya menyelesaikan masalah pengagihan kerusi sebanyak 48 daripada 71 kerusi yang ada.
Ketua Penipu Rakyat tadi dah mengesahkan bahawa DAP akan bertanding di 15 kerusi sementara PAS hanya dapat 5 Kerusi sahaja.
Kerusi yang selebihnya tu, katanya akan ditandingi oleh PKR. Tetapi, masih ada rundingan yang diadakan dengan Snap mengenai kerusi selebihnya itu.
Ketua Penipu itu juga kata, rundingan antara PKR dan Snap tidak akan melibatkan kerusi yang telah diperuntukkan kepada PAS dan DAP. PKR juga tidak akan berkompromi dalam hal tersebut.
Korang tengok betapa tamaknya PKR dibawah pimpinan Anwar. Dia sanggup mengenepikan parti peribumi Sarawak sendiri iaitu Snap.
Nampak sangat la dia nak berkuasa lebih di Sarawak agar anak buahnya sendiri, Baru Bian dapat jadi Ketua Menteri nanti.
Tak kronisme lagi ke kalau macam tu? Jangan la nak menipu rakyat. Rakyat dah nampak permainan si Ketua Penipu ni. Dia ingat rakyat ni bodoh sangat macam dia agaknya. Ceit!!! Pigidah!!!
TIAN CHUA DLAM KENYTAAN SEBENTAR TADI MENYATAKAN PINTU RUNDINGAN PEMBAHAGIAN KURSI TELAH DITUTUP OLEH DAP...SO LAGI PONING LAA KEPALA NUAR BRAHI...DOK LELONG KATA PKR TU KUAT TAPI WAKTU MESYUARAT PEMILIHAN KETUA BAHAGIAN YANG LALU ...BERAPA CANGOK YANG HADIR....PKR PAHANG PUN BAKAL TERLUNGKUP...
BalasPadam