...Kalau Buat Perangai Macam Beruk Dalam Zoo, Pandai La Diorang Ni...
Kalau semalam, diorang buat post-mortem kekalahan di Kerdau ada menyebut bahawa Kerdau bukan kawasan yang ada kelas untuk ditandingi katanya.
Tapi secara tak sedar, bukan penduduk dikawasan Kerdau tu yang tak de kelas. Yang sebenarnya tak de kelas ialah pemimpin Pakatan Pembangkang tu sendiri.
Kalau ikut kata Datuk Seri Noh Omar, tindakan pembangkang mengekalkan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat sebab sikap tak percaya yang wujud sesama sendiri.
Oleh sebab itu, pembangkang sanggup mengosongkan jawatan berkenaan kerana ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk mengepalai Pakatan itu di Dewan Rakyat.
Malah untuk berdepan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional juga menjadi sesuatu yang sukar untuk mereka dengan ketiadaan Anwar.
Hakikatnya jelas. PAS juga sama sekali tidak akan bersetuju sekiranya Ahli Parlimen DAP dilantik menggantikan Anwar. Nak pulak kalau Lim Kit Siang Ikan tu.
Begitu juga dengan DAP. Mati hidup semula pun mereka takkan terima Hadi Awang jadi Ketua Pembangkang.
Ia bakal mengembalikan mimpi ngeri dan nostalgia perang DAP vs PAS seperti suatu ketika dahulu. berapa lama mereka duduk dibawah PAS zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dulu.
Tapi diorang jugak yang sibuk kata hubungan dalam Pakatan Pembangkang tu ikhlas dan utuh serta 'anjal' macam getah.
PAS jugak yang beria - ia kata mereka boleh terima Lim Kit Siang Ikan itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tapi untuk menggantikan Ketua Pembangkang, kenapa tak boleh pulak?
Kata DAP pulak, mereka boleh terima dasar perjuangan PAS. Malah mereka juga akur dengan agenda Negara Islam yang menjadi tunjang perjuangan Parti Angguk Saja tu.
Tapi bila nak bagi 'seat' kepada PAS untuk jadi Ketua Pembangkang, kenapa mereka tak bersetuju? Kenapa bagi macam - macam alasan?
Nampak sangat apa yang mereka katakan hanya retorik semata - mata. Jelas mereka hanya bertujuan untuk menipu dan memperdayakan rakyat kata hubungan mereka baik dan sebagainya.
Macam tu pun ada hati nak tawan Putrajaya? Lantik Ketua Pembangkang pun dah berbalah sesama sendiri, nak mentadbir Negara konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.