Perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat puak - puak Parti Angguk Saja ni sejak dulu lagi. Kekalahan yang nyata diorang tak dapat nak terima.
Mereka susah nak terima hakikat bahawa perjuangan mereka masih ditolak oleh rakyat secara keseluruhan. Tapi masih jugak nak tegakkan benang yang basah.
Kononnya mereka memberi bayangan bahawa Pemimpin BN turun bergentayangan atas kapasiti Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Pengarah Jabatan dan sebagainya untuk berkempen.
Konon, kata mereka, pemimpin ni turun dengan mengeluarkan budget masing - masing melalui pelbagai program untuk mendekati rakyat.
Apa, jadi Menteri dan pemimpin kepada sesebuah parti, mereka tak boleh turun berkempen ke masa Pilihanraya?
Malah mereka siap buat dakwaan konon katanya warga Kerdau menjadi 'Tuan' dalam tempoh 10 hari dan semua dapat 'ang pau' diatas pelbagai nama.
Dah nama pun warga Kerdau tu tuan rumah. Memang la mereka dijadikan 'Tuan' bagi kawasan tersebut. Yang datang bertandang kebanyakkannya orang luar yang diimport khas oleh PAS.
Tengok aje la masa sesi pembuangan undi. Depan sekolah SMK Kerdau tu, berderet - deret bas beratur. Penghuni didalamnya semua bawak poster PAS. Apa citer?
Tapi, apa - apa pun mereka turut mengaku bahawa kebanyakan kelemahan yang mereka hadapi datang dari PAS sendiri.
Bagi mereka, Kerdau tak de 'kelas' untuk dijadikan DUN tumpuan kerana sejarah keputusan Pilihanraya tidak memihak kepada mereka.
Kalau dah tau Kerdau tak de 'kelas' untuk PAS menang, bertanding jugak buat apa? Mengabihkan masa je. Tak payah susah - susah. Tak payah bertanding.
Tapi diorang tetap juga nak bertanding, kenapa? Nampak sangat diorang ego dan tidak mahu mengaku kalah. Sombong tak bertempat semata - mata nak jaga hati PKR dan DAP.
Mereka jugak akui ada terdengar rungutan daripada jentera pembantu luar berkenaan kurangnya tenaga pembantu tempatan.
Konon mereka letakkan kesalahan tersebut kerana ada cawangan yang tidak aktif. Katanya 11 cawangan PAS dalam kawasan ini, tapi hanya 6 sahaja yang bergerak aktif.
Itu tandanya, orang PAS setempat tak nak pilihanraya ni diadakan. Diorang dah tau kalah dan mengabihkan masa. Tapi Tuan Ibrahim degil, nak jugak bertanding kenapa?
Dari segi calon pulak, pandangan pemerhati PAS kata mereka mempunyai kelebihan kerana sepanjang kempen, tidak ada isu peribadi yang dibangkitkan.
Berbeza dengan calon UMNO katanya. Awal - awal lagi kelihatan terkial - kial mempertahankan diri termasuk memanggil media dan menunjukkan kelulusan ijazahnya.
Dah korang jugak yang tabur fitnah kata ijazah dia palsu. Jadi dia kena la pertahankan diri dari fitnah tersebut.
Bila masa pulak YB Syed Ibra panggil media? Media pertama yang mendedahkan isu ijazah tu Malaysiakini. Diorang yang terkial - kial cari bukti terhadap fitnah yang disebarkan oleh PAS.
Tak payah la nak buat cerita yang bukan - bukan. Dah kalah, kalah je la. Mengaku je yang PAS tidak ambik berat lansung dengan masalah orang tempatan di Kerdau.
Cukup. Habis cerita. Buat je post-mortem sesama sendiri. Tak payah nak siarkan dalam portal dan blog. Sendiri buat salah, nak cerita pada orang buat apa? Nampak sangat nak menegakkan benang yang basah!!! Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.