Si Petualang ANAK ni dah turun ke Kerdau rupanya. Tapi dia bukan nak menabur budi. Dia menabur fitnah je rupanya.
Macam biasa la. Manusia pemalas macam dia ni memang macam tu. Dah tak de kerja lain la katakan. Dari menabur benih di kebun, dia lagi suka menabur fitnah dan mengadu domba.
Kali ni Si Mazlan ni menyeru kepada peneroka agar jangan percaya kepada janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika Pilihanraya.
Konon kata dia itu semua hanya gula - gula pilihan raya yang belum tentu akan ditunaikan oleh YAB Perdana Menteri tu.
Dia jugak kata, dia pernah jumpa dengan Menteri Besar Pahang pada tahun 2009 untuk membincangkan masalah perumahan Generasi Kedua dan menyerahkan memorandum.
Tapi sampai hari ini kata dia, masih tak de apa - apa tindakan yang menggembirakan untuk generasi kedua itu dilakukan.
Nampak sangat si MAzlan Aliman ni menipu dihujung lidahnya. Siapa kata tak de apa yang dibuat untuk menyelesaikan masalah generasi kdeua ni?
Dia yang tak datang masa Datuk Ahmad Maslan dan Dato Shahaniza bagi penerangan di Felda Jengka 22 memang la dia tak tau cerita.
Masa dalam sesi tu, ada seorang pemuda yang mengajukan soalan mengenai anak generasi kedua di Jengka 1 dapat Lot tanah.
Kononnya lot tanah itu diberikan oleh pihak kerajaan Negeri untuk dibuat rumah. Dan pemuda itu juga menuntut hak yang sama.
YB Shahaniza menjelaskan, apa yang sedang dilakukan di Jengka 1 itu merupakan 'Pilot Test' yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah penempatan tersebut.
Buat masa ini, katanya, pihak Kerajaan Negeri dan Felda sedang mengkaji beberapa lot tanah yang kosong untuk dibina kawasan penempatan baru.
Jadi siapa kata tak de apa yang diusahakan? Dia yang tak tau apa - apa, main ikut sedap dia je nak bercakap.
Dia ingat nak selesaikan masalah Felda ni macam tanam kacang ke? Hari ni tabur, esok boleh kutip hasil? Kepala tengkorak dia!!!
mazlan aliman sahlh bodoh tapi yang peliknya masih ada mereka2 yang lebeh bodoh dr mazlan ni kerana mempercayai orang bodoh... nak kata macamana yek..
BalasPadammacam "luncai terjun dengan labu2nya kot!!!"