Kalau ikutkan kata si Faekah ni, beruntung betul la kita kalau jadi rakyat Negeri Selangor. Semua benda dapat.
Kata si Faekah ni, Kerajaan Negeri Selangor dah menyenarai pendekkan rakyat Negeri Selangor untuk diberikan bantuan.
Anak lahir, dapat RM100 yang akan dimasukkan dalam Bank. Duit simpanan itu akan dapat digunakan bila diorang besar nanti untuk masuk Universiti.
Kalau anak itu dapat masuk Universiti, diorang bagi lagi bantuan. Konon hadiah kerana dapat masuk ke Universiti.
Bagi mereka yang nak kawin pulak, mereka sediakan pinjaman untuk memudahkan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga.
Kemudian cuti kelahiran 90 hari diberikan isteri yang melahirkan anak dan suami diberi cuti 30 hari untuk menjaga anak yang baru dilahirkan.
Bila dah jadi warga tua, diorang bagi pulak wang saguhati. Kalau yang meninggal dunia, dia bagi lagi duit khairat kematian.
Wah! Tak untung ke? Dari lahir sampai mati Kerajaan Negeri jaga. Jadi tak payah la susah - susah nak kerja kalau macam tu. Dah semua benda disuap oleh Kerajaan Negeri.
Nampak sangat la Kerajaan Negeri Selangor ni sebenarnya menolak seruan azan yang ke 5. Bukan ke dalam seruan azan tu mengajak manusia menuju kejayaan?
Nak menuju kejayaan macam mana kalau semua benda ditanggung oleh Kerajaan Negeri? Itu pun kalau betul semua tu dia bagi.
Entah - entah, dia pilih bulu jugak. Kalau tidak kena perlu disenarai pendekkan? Kalau semua orang dapat, kenapa masih ada jugak yang menentang Kerajaan Negeri?
Itu bermakna, Kerajaan Negeri Selangor pun tak adil kepada semua rakyatnya. Ada orang - orang tertentu je yang dapat. Maka sebab itulah ada yang menentang.
Konon diorang nak promote kata parti diorang adil. Adil apa jadahnya kalau ada senarai pendek? nak bagi, bagi pada semua la Faekah oi!!!
Biarla Semut.. Orang pompuan kalo umor dah jejak 40-an belum kawin lagi memang camtu.. Ko paham-paham jer lah..
BalasPadamyang awak dengki kenapa? naseb baik la kerajaan negeri share duit ngn rakyat drpd dia lahap duit tu sendiri. tu pon tk leh pikir
BalasPadam