Seperti yang dijanjikan, malam ni kita kupas sikit pasal menifesto Pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ni.
Perkara pertama sekali yang diorang nak buat, ialah memperjuangkan tanah adat masyarakat di Sarawak ni. Kononnya diorang nak tubuhkan Suruhanjaya yang jaga kawasan tanah tersebut.
Buat apa lagi diorang nak tubuhkan Suruhanjaya tersebut sedangkan benda tu memang dah sedia ada di Sarawak ni?
Bukan ke Sarawak dah ada SALCRA yang ditugaskan mengurus tadbir perihal tanah dan hutan di Sarawak ni? Nak buat apa diorang tubuhkan Suruhanjaya lagi?
Itu satu hal. Mari kita tengok macam mana diorang uruskan tanah adat untuk masyarakat Peribumi di Semenanjung ni.
Gambar - gambar ni Semut ambik masa Pilihanraya Kecil DUN Galas tahun lepas. Habis botak semua hutan - hutan dikerjakan dek buaya - buaya Kelantan ni.
Konon diorang bagi nama kawasan ni kawasan Ladang Rakyat. Tapi keuntungannya, satu pun tak diberikan kepada rakyat.
Sampai hari ni, Kerajaan Negeri Kelantan khususnya si Husam Musang tu masih tidak dapat menjelaskan mengenai isu Ladang Rakyat ni.
Tanah di Ladang Rakyat ni dulu semuanya milik masyarakat Peribumi di Kelantan. Tapi ianya dirampas oleh Kerajaan Negeri pimpinan PAS secara rakus.
Tanah - tanah tersebut semuanya diberikan kepada orang luar. Bukan orang Peribumi sendiri. Penempatan masyarakat Peribumi disitu ditolak jauh ke dalam hutan.
Ingat orang boleh lupa ke pasal isu ni? Baru setahun diorang ingat rakyat akan terus terpedaya dengan dakyah pembohongan mereka?
Ini ke perubahan yang nak dibawa oleh Pakatan Pembangkang di Negeri Sarawak? Nampak sangat dah menipunya. Terang - terang pulak tu. Tak de kerja lain ke diorang ni?
Tak sedar diri betul la puak - puak Pakatan Haram ni. Tempat sendiri pun diorang tak mampu nak uruskan hal tanah, nak masuk campur kat tempat orang pulak? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.