Sabtu, April 09, 2011


Ungkapan ini biasa kita dengar kalau kita nak masuk ke Pejabat Awam atau ke Pejabat Swasta: Penjaja atau Jurujual Di Larang Masuk.

Ungkapan ini juga yang digunakan oleh penduduk tempatan yang ada di Sarawak ini tatkala Pilihanraya Negeri Sarawak sedang hangat berlansung. 

Yang pasti, puak - puak pembangkang sudah ketandusan idea untuk menyerang Barisan Nasional di Sarawak ini. Dalam erti kata mudahnya, Pakatan Pembangkang ni Bankrap idea.

Kesempatan bertemu dengan penduduk memberi ruang untuk Semut dengar isi hati mereka yang sebenarnya. Mereka kata, mereka tidak suka orang luar datang ke Negeri ini dan menyebarkan fitnah yang tak tentu hala.

Jangan la datang ke tempat mereka dengan niat sengaja mahu mengadu domba memburuk - burukkan orang itu dan ini.

Kata mereka, pembangkang sengaja membawa dan menjaja nama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud untuk diburuk - burukkan dalam sesi ceramah mereka.

Perkara itu tak disukai oleh mereka sebab mereka anggap orang luar ni sengaja nak melaga - lagakan orang tempatan. Malah bila diminta mengulas mengenai isu video dan penjelasan yang dibuat oleh pembangkang, lagi mereka marah.

Kata mereka, buat apa nak diulang - ulang berkali - kali soal tersebut? Adakah puak - puak pembangkang yang datang dari luar tu ingat rakyat Sarawak ni tak mengikuti perkembangan semasa? 

Adakah mereka ingat orang Sarawak ni tak tau apa yang sedang berlaku? Cukup la dengan sekali buat penafian sahaja. Tapi tindakan selanjutnya tidak diambil, kenapa?


Itu persoalan yang diajukan mereka ketika Semut temui mereka semalam. Kata mereka lagi, orang luar dinasihatkan agar jangan datang ke Sarawak dengan membawa agenda yang bukan - bukan. 

Terutama dikalangan puak - puak Pembangkang ni. Jangan susah - susah nak bawak sifat jumud mereka ke Bumi Kenyalang ini. Rakyat Sarawak ini tak sebodoh yang mereka sangka. Jangan sampai datang tak dijemput, keluar tak dihalau sudah la!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Ya jangan benarkan si Korea betina ini masuk.

    BalasPadam
  2. baguslah bersatu teguh bercerai roboh, jangan termakan hasutan orang Semenanjung yang suka memecah belahkan masyarakat. Taib Mahmud dah banyak berjasa, apa orang luar nak sibuk, dato tahu bila masa dia nak bersara. adakah kita nak bagi Parti yang tidak ada pengalaman memerintah untuk mengambil alih kuasa. Jadilah sebagai seperti pasukan bola yang mesti ada yang senior dan junior baru mantap pasukan itu kerana yang senior banyak pengalaman di padang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping