Khamis, April 28, 2011

"...Wah! Ini Macam Tak Adil Man. Aku Pun Nak Jugak!!!..."

Fuh!!! Lain macam betul Si Menteri Besar Badut yang Gagap ni yek. Dia nak ikut jejak langkah Mursyidul Am PAS tu ke?

Kalau ikut jejak langkah ke arah yang baik ok la. Pegi mengaji pondok ke, apa ke. Boleh tahan jugak la. Ada la peningkatan sikit. Boleh la dia pulak keluarkan fatwa lepas ni.

Tapi kalau setakat ikut jejak langkah yang entah apa - apa, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je kalau setakat ikut benda yang bukan - bukan.

Katanya, Menteri Besar Selangor yang Gagap ni nak belanjakan sebanyak RM600ribu bagi membina papan iklan disemua kawasan DUN di negeri Selangor.

Papan iklan itu adalah sebahagian daripada kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA.

Peruntukan untuk membina 56 papan iklan tu diperolehi daripada Akaun Amanah Penswastaan yang disalurkan kepada Perbadanan Menteri Besar Selangor.
"Seperti yang dipersetujui pada sesi DUN lepas, kerajaan negeri akan melaksanakan program penerangan dan promosi mansuhkan ISA" - Menteri Besar Selangor.
Ni dah kira kes mengabihkan duit rakyat secara sebarangan. Bukan sikit - sikit duit dia nak pakai. RM600ribu!!!

Kan Semut dah kata. Dia nak tiru macam Nik Aziz. Sebab sebelum ni Nik Aziz pun pakai duit Perbadanan Menteri Besar jugak untuk pasang Papan Iklan.

Projek pasang papan iklan tu dia bagi kat driver Mat Sabu dan pulangannya dia dapat pegi naik Haji yang bertaraf 6 bintang yang berharga RM65,000 untuk satu kepala.

Bukan Nik Aziz sorang je yang dapat pegi, habis semua puak kedarak dia dia angkut sama. Semua sekali ada 10 orang kali dengan RM 65K. Tak ke banyak tu? Selanjutnya klik sini.

Mungkin la si Khalid Gagap ni pun nak merasa naik haji dengan pekej tu jugak kot. Jadi dia keluar la ide bangang yang macam ni.

Kata Kerajaan kebajikan. Kebajikan apa jadahnya keluar duit pasang papan iklan ni? Apa manfaat yang dapat kepada rakyat? Meningkatkan kadar kemalangan lagi ada la.

Kalau betul Kerajaan negeri Selangor ni telus dan jujur, beritahu kepada rakyat, syarikat mana yang akan dapat tender pasang papan iklan ni nanti. Lepas tu kita akan tau sama ada dia jujur atau tidak.

Kalau bercakap, bukan main handal. Jangan bila nak buat dia tergagap - gagap nak menjawab sudah la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping