Jual Gelang sampai masuk UMNO? Hebat! Orang kata kebanyakan artis ni tak suka berpolitik dan kebanyakan orang dah semakin tak terima UMNO.
Habis apa jadahnya mamat jual gelang ni buat? Kenapa pulak dia sibuk - sibuk nak masuk UMNO?
Katanya, AC Mizal dan Isterinya, Emilia Rosnaida akan menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO yang diadakan di Negeri Perak baru - baru ni.
Dia dan isteri bersama - sama 500 orang ahli baru yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli UMNO hari ini.
AC yang berusia 40 tahun telah menyerahkan borang tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.
Bila ditanya oleh wartawan, AC kata dia masuk UMNO sebab ianya selari dan tetap konsisten dalam perjuangannya yang menegakkan keadilan.
Sebelum ini, kata AC, ada jugak parti lain yang menawarkan jawatan yang tinggi sekiranya dia menyertai parti tersebut.
Tetapi dia menolak kerana dia tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti tersebut. Parti apa la agaknya ye?
Tapi, tak pe la. Dia masuk UMNO sebabkan perjuangan dalam dasar UMNO. Bukan la sebab KEGAGALAN dia mendidik anak - anak macam orang tu.
Dah la diri sendiri yang GAGAL mendidik anak - anak, tapi dok kutuk orang lain pulak. Macam orang lain pulak yang GAGAL mendidik anak - anak dia.
Apa yang jelas, inilah perbezaan yang ketara jika hendak dibandingkan secara keseluruhannya. Tak semuanya sama. Bak kata pepatah, takkan dalam setandan pisang, semuanya buruk, ye tak?
Baguslah jika bersama dalam arena politik kerana dasar perjuangan yang ikhlas dan tulin tanpa ada apa-apa kepentingan lain...
BalasPadamUcapan selamat . Peliharalah nama parti baik baik.
BalasPadamRakyat memperhatikan sumbangan dan integeriti saudara .Berhati hatilah mengorak langkah dan matang dalam kata kata. Ikut cara DS Najib dan D Mahyuddin. ada class dan menawan.