Fuh!!! Banyak sungguh kejutan yang dibuat oleh Hero berkemban ni. Pagi tadi dia tuduh PAS sebagai Jaguh Kampung.
Bukan setakat dia kata PAS ni Jaguh Kampung, dia jugak buat dakwaan kata PAS ni dah tak relevan kepada rakyat Malaysia. Apa yang PAS buat sejak akhir - akhir ni, kata dia, hanya sekadar nak mendapatkan perhatian rakyat semata - mata.
Itu yang dikatakan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR Pusat yang baru setahun jagung jadi Ahli Parlimen yang mula menunjuk belangnya.
Dah jelas, Azmin sekarang bukan sekadar main tikam belakang, dia dah mula serang secara terbuka terhadap PAS.
Sebelum ni, Semut dengar dari beberapa orang rakan PAS yang jelas menyatakan bahawa diorang pun tak suka dengan Azmin di Gombak.
Mungkin sebab itu jugak la Azmin mula menyerang PAS secara terbuka seperti ini. Dia mungkin dah 'bengkak' dipulaukan oleh PAS dikawasan Gombak agaknya.
Itu cerita Azmin dengan PAS. Terpulang la kepada PAS nak ambik pendirian macam mana dengan kritikan yang diberikan oleh Azmin ni.
Kalau diorang masih nak diamkan diri dengan kutukkan dan kritikan terbuka Hero Berkemban ni, nampak sangat la diorang dah menjual maruah diorang kepada PKR.
Kerana tak mungkin sebuah parti yang mempunyai kredibiliti seperti PAS boleh menerima kritikan seperti ini dan mendiamkan diri begitu sahaja.
Berbalik kepada tajuk artikel Semut, Azmin dengar kata nak menjual rumah kediaman dia di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Katanya rumah tu dia nak jual pada harga RM8juta. RM 8juta!!! Bukan sikit - sikit brader 8juta tu. Macam - macam benda boleh buat.
Persoalannya, apa dia nak buat dengan duit sebanyak itu? Dia nak dermakan ke semua duit - duit tu untuk perjuangan?
Kalau dia nak dermakan semua, apa jadah pulak dia buat jamuan amal di Pulau Pinang baru - baru ni?
Katanya, Azmin pergi ke Pulau Pinang untuk menghadiri Majlis Makan Malam bagi mengutip derma di Cawangan PKR Bukit Gelugor.
Dia dah kaya raya. Kereta dia pun pakai Ferrari. Nak buat kutipan derma menda jadahnya lagi? Harta dia tak cukup lagi ke nak buat derma?
Kalau dalam ceramah, konon kata pemimpin BN ni sibuk kumpul harta untuk diri sendiri. yang dia buat tu apa jadahnya pulak?
Soalnya sekarang, dari mana dia dapat harta sebanyak itu? Berapa banyak harta dia sebenarnya?
Berani tak dia nak 'declare' berapa banyak harta yang dia ada sebelum dia nak persoalkan mengenai harta orang lain?
Jangan pandai pertikai pasal orang lain je. Pasal diri sendiri, dia nak sorok - sorok pulak. Telus sangat la tu kononnya. Cakap pandai, buat tak reti. Inilah pemimpin PKR sebenarnya. Kencing kuat!!! Pigidah!!!
Kalau di fikirkan betul2..dia tak mampu untok mendapat apa yang dia ada sekarang nie. Dari mana hasil harta yang dia berikan pada tiap2 anggota keluarga nya??? Jangan main2 dalam hal sebegini. >>> aku cakap pun untok mengingatkan diri ku juga.
BalasPadamtu bukan ferari..tu proton saga lama..dia modified je hehehe
BalasPadam