Khamis, April 14, 2011


Kita tinggalkan dulu pendedahan yang dibuat pasal Si Ketua Penipu Omega oleh Si Tikus Raja Petra tu buat seketika.

Sebab dengar kata, malam nanti, ada lagi pendedahan yang akan dibuat oleh Si Tikus tu di TV3. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan pendedahan tersebut ye?


Kita tumpukan perhatian kepada sesi kempen Pilihanraya Negeri Sarawak ni. Semut masih lagi nak mendedahkan betapa bangangnya Pakatan Pembangkang buat menifesto ni.

Nampak sangat menifesto diorang ni umpama melepaskan batuk ditangga sebab isi kandungannya hanya retorik semata - mata.


Malah apa yang diperjuangkan tak masuk akal lansung. Nak pulak mengenai isu agama ni. Sejak bila pulak Malaysia larang rakyatnya nak menganuti agama ni?

Sejak bila wujudnya kekangan dalam kebebasan untuk rakyat memeluk dan mengamalkan agama mengikut kehendak mereka di Negara ni sebenarnya?


Benda tu dah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak awal Merdeka lagi. Jadi, menda jadah lagi yang Pakatan Pembangkang nak merepek ni?

Kalau tengok sekitar kawasan dalam Negeri Sarawak ni, ada je rumah - rumah ibadat yang dibina dan dibenarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.


Maknanya, Kerajaan Negeri tak menghalang perkara soal agama ni. Habis, apa tujuannya diorang masukkan perkara tersebut dalam menifesto diorang ni?

Takkan bab agama pun diorang nak main Politik jugak kot? Ni tak de kerja lain, mesti cadangan dari PAS ni. Sebab diorang je yang suka mempolitikkan soal agama ni.

Jadi mari kita tanya PAS, terutama sekali Khalid Gereja tu satu soalan maut ni:

Kalau ada seorang Muslim, yakni orang yang beragama Islam, bertindak keluar dari Islam, adakah mereka akan menahan orang itu mengikut hukum Hudud? Hah! Siapa berani jawap, jawap la!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Malaysia ni memang dah lamaaaaaa mengamalkan kebebasan beragama, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 11.

    Cumanya setiap kebebasan tu mesti la ada batasannya, betul tak? Jadi Artikel 11 (4) Perlembagaan secara spesifik menghalang penyebaran agama lain ke atas umat Islam. Sebagai seorang Muslim aku setuju 1000% dengan peruntukkan undang-undang ni.

    Soalannya sekarang ialah; APA JENIS KEBEBASAN BERAGAMA YANG DILAUNGKAN PUAK PEMBANGKANG NI? Nak jadi macam kat indon ke? Kat sana kafir ngan orang Islam boleh kahwin tanpa tukar agama, no problem. Na'uzubillah...

    Ada masa berpolitik, kita berpolitik la. Tapi takkan la sampai semua perkara termasuk agama pun nak dijadikan bahan jugak?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping