Ahad, Mei 08, 2011


Lain macam betul 'Pakar' kita yang sorang ni. Dulu dia dah buat hal bila mempertikaikan kepimpinan Hadi Awang dalam PAS.

Kata dia, PAS perlu gantikan Presiden baru dalam parti itu kerana Hadi Awang jelas gagal menjalankan tugas dengan baik.

Malah dia turut menuduh Hadi Awang sebagai punca kegagalan janji Pakatan Pembangkang dalam isu 16 September. 

Kata dia Hadi Awang la yang menjadi sebab utama perkara tersebut tidak dapat direalisasikan kerana tidak memberikan komitmen terhadap Pelan Rampasan itu.

Tak cukup bagi Si Pakar ni mempertikaikan Kepimpinan Islam dalam parti yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya.

Dia turut mendakwa bahawa rakyat Malaysia yang MAJORITINYA ISLAM tak perlu bimbang sekiranya Perdana Menteri Malaysia ini bukan orang Islam.

Kata 'Pakar' ni, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya Perdana Menteri beragama Islam yang layak menerajui Kerajaan Pusat.

Kononnya, kata dia, keperluan seperti itu bertentangan dengan undang - undang yang sedia ada. Perkara itu telah dilindungi.
“Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.
Nama je 'Pakar', tapi bongoknya sama je dengan orang lain. Dia tak terfikir ke kesan yang bakal timbul sekiranya Perdana Menteri itu bukan Islam?

Macam - macam benda yang boleh dibuat oleh mereka jika Perdana Menteri itu bukan Islam. Bukan ke PAS juga yang selalu kata, undang - undang manusia boleh dipinda?

Soalnya sekarang ni ialah, apa jaminan yang Aziz Bari boleh bagi kepada Agama Islam serta umatnya di Negara ini sekiranya Perdana Menteri itu bukan orang Islam sendiri?

Adakah dia boleh jamin bahawa undang - undang sedia ada ini tidak akan diubah dan dasar Perlembagaan itu boleh dipinda oleh mereka dikemudian hari?

Kalau ya pun nak tunjuk Hero, nak tunjuk bagus, jangan la sampai sanggup gadaikan masa depan Agama sendiri. Nak bercakap pun biar la guna otak, jangan guna kepala lutut!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. aziz bari pakar cakap jer. tang cakap boleh la bagi b kat dia. pasal cakap dia buat orang sakit hati. tak boleh bagi a. tang praktikal memang gagal 1000%. pasal cakap tak kena bayar, dia boleh cakap. praktikal, dia akan gagal buat kerja, nanti semua orang tau dia tak pandai dan tak pakar ...

    BalasPadam
  2. molek sangat lah tu... apa jadi kalau kristian dap jadi pm malaysia? klik http://up4u2c.blogspot.com/2011/05/kalaulah-pm-malaysia-seorang-kristian.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping