Selasa, Mei 03, 2011

...What??? Did Cat Catch Your Tounge???...

Tak heran la, kalau orang kata Bapak Borek, Anak Rintik. Tapi dalam kes diorang ni, bukan setakat hubungan Bapak dengan Anak.

Hubungan mereka lebih sulit dari itu. Kerana didakwa bahawa mereka merupakan pasangan yang 'bermadu'. Bukan dengan isteri lain - lain, tapi sesama sendiri!!!

Jadi, sebab itulah Semut kata tak heran, kalau Azmin tu dah tolak cadangan Husam Musang agar Anwar turut mengambil ujian Poligraf, Anwar pun begitu jugak.

Dilaporkan bahawa Anwar hari ini mengenepikan desakan terbaru 'Datuk T' yang menuntut agar Ketua Penipu Rakyat itu menjalani ujian Poligraf.

Ujian itu bagi menentukan sama ada Anwar berada dipihak yang benar atau sebaliknya berhubung isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu.

Ketua Penipu itu hanya memberi jawapan mengenai perkara tersebut bahawa ianya 'bukan isu' sebenar.

Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, Si Ketua Penipu itu lebih banyak berdiam diri apabila diasjukan soalan oleh wartawan.

Uik! Ini satu perkara yang ajaib. Adakah Si Ketua Penipu tu dah habis idea untuk menipu? Bukan ke cogankata dia ialah 'Lawan Tetap Lawan'? Adakah dia dah tak nak melawan lagi?

Mungkin dia berdiam diri sebab dia tau, kalau dia banyak cakap, lagi banyak perkara yang akan dipertikaikan oleh rakyat.

Sedangkan jawapan dia yang pendek itu sahaja masih lagi dipertikaikan. Kalau ujian poligraf itu bukan satu isu, habis apa isu sebenarnya?

Isu sekarang ialah siapa yang berkata benar dan siapa pula yang berbohong? Itu yang rakyat perlu tahu. Itu isu sebenarnya. Tapi jelas, Anwar tidak dapat menjelaskan isu tersebut.

Kedua, cadangan untuk ambik ujian Poligraf itu adalah cadangan daripada Husam Musang, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Bukan Trio Datuk T tu yang desak Anwar ambik ujian Poligraf ni. Jadi dah jelas bahawa Anwar masih mahu memutar belitkan Kebenaran dan bermain wayang.

Sudah - sudah la main wayang ni Anwar oi! Buktikan bahawa anda berada dipihak yang benar. Rakyat nak tengok KEBENARAN. Kalau setakat cakap je, mana ada orang nak percaya, bongok!!!

1 ulasan:

  1. kalu semua tak mahu payah la nak kata. ni aku nak suruh yang last lagi kaw punya, iaitu suruh la nwar tu buat sembahyang hajat dan baca yasin selama 40 malam dan seramai 40 orang setiap malam. doakan agar pelakun yang menyerupai anwar yang dok bantai cina doll itu menjadi gila meroyan atau mendapat penyakit yang tiada ubatnya di dunia ini. kerana saya percaya lelaki misteri itu mungkin hantu raya anwar ataupun lelaki yang benar-benar mirip anwar tetapi bukan anwar. khalifah majlis tu bolih mulakan dengan nik ajis, hj hadi, mahfuz, azmin ali, ustaz badrul amin, sam ketot serta ramai lagi. tentu mereka berani buat kerana lelaki misteri itu bukan anwar. apakata bloger pro kerajaan cabar bloger pro pembangkang dan pimpinan tertinggi pembangkang buat amalan yasin 40 ini. sure makin cepat allah tunjukan kebenaran. kerana saya yakin depa pun tahu kelebihan yasin 40 ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping