Isnin, Mei 30, 2011

"...Hish!!! Apsal Diorang Datang Jugak ni!!!..."
Hah! Hari ni ada lagi pendedahan mengenai isu Lynas ni dan dikatakan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu dah semakin menggila.

Dia didapati meracau - racau apabila mendapat tahu bahawa barisan panel pemantau dari IAEB kini sudah berada di Kuantan, Pahang untuk menjalankan kerja - kerja mereka.


Awal pagi tadi, barisan panel yang terdiri daripada pakar - pakar seluruh Dunia hadir dalam satu sesi tertutup dengan pihak Kerajaan Negeri.

Di antara wakil - wakil yang terlibat termasuk dari Belgium, Canada, India dan Amerika Syarikat. Masing - masing mempunyai kelayakan dalam bidang radiasi dan nuklear.


Menurut kata salah seorang dari wakil tersebut, panel - panel yang dipilih oleh IAEB ini mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang kajian Rare Earth atau logam Nadir.

Sebagai contoh, wakil dari India yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengurus dan memantau pemprosesan logam nadir di Negaranya sendiri.

Menurutnya, kini bekalan mentah di Negaranya sudah semakin berkurangan, maka kilang pemprosesan juga semakin kurang menjalankan aktiviti tersebut.

Hah! Tak pelik la kenapa Si Fuziah 'Reaktor' tu meroyan tak tentu pasal. Rupanya, barisan panel tu dah ada di Kuantan. 

Patut la puak - puak penyokong Bontot Si Fuziah tu dok sibuk berkumpul di hadapan Hotel Hyatt, Teluk Chempedak, Kuantan, tempat penginapan delagasi tersebut.

Tapi nak buat demo menda jadah kalau setakat ada kurang dari 20 orang je yang berkumpul? Itu saja nak buat bising, bukan nak buat bantahan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Aduhai YB, bukan ke ini yang Yb mahu?Sebuah badan bebas pakar antarabangsa menilai isu Lynas ni..tunggulah keputusan dan penilaian mereka. Sy yakin jika kilang ini merbahaya,kerajaan pusat mahupun negeri tidak akan teragak-agak menghentikan kilang ini. Be professional! You also to be blame..mengapa 3 tahun dulu tak beri penerangan kpd org Kuantan mengenai isu ini setelah taklimat diberikan kpd YB utk dibawa bincang bersama org Ktn?Kot saje nak create anarchy dekat-dekat PRU-13 ni? Kita tunggu sama-sama. Jadi lah pemimpin yg bijak dan penyabar. Jgn kelirukan lagi kami ni. Bersikap adil pada semua. Asas pemerintahan berhemah!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping