Jumaat, Mei 06, 2011


Hari ni, Semut sesat di PWTC, menghadiri Persidangan Antarabangsa Parti - Parti Politik Asia atau dikenali dengan nama ICAPP. Delegasinya datang dari pelbagai Negara Asia.

Tajuk persidangan ICAPP 2011 kali ini ialah mengenai bencana alam dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai 'kiosk' pameran turut diadakan sekitar kawasan PWTC ini. 


Termasuklah pameran dari MOSTI, sebuah agensi Kerajaan Malaysia yang ada kaitan dengan Nuklear serta ATOM.

Maka mula Semut tertanya - tanya, mana Fuziah 'Reaktor'? Kenapa dia tidak hadir dalam persidangan ini? Bukan ke dia seorang aktivis yang memperjuangkan alam sekitar kononnya?


Jawapannya mungkin, ini program yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia. Kalau itu pandangannya, maka jawapan itu salah sama sekali.

Delegasi yang hadir dalam persidangan ini datangnya dari pelbagai parti Politik, termasuklah kumpulan - kumpulan Pembangkang Negara masing - masing.


Malah Negara Malaysia juga turut menghantar wakil dari puak - puak Pembangkang ke persidangan ini.

Tapi, macam biasa la. Masa dalam sidang dewan hari tu, wakil diorang tidur. Dalam persidangan kali ni, lagi teruk. Diorang lansung tak hadir.


Apa jadahnya? Dah dilantik menjadi wakil, kenapa diorang tak hadir? Tapi sibuk cerita pasal pemuliharaan alam sekitar kononnya.

Tak logik lansung kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang ni hantar wakil mereka dari kalangan PAS. Sepatutnya, diorang hantar Si Fuziah 'Reaktor' tu sendiri. 

Senang sikit delegasi dari Iran nak jelaskan apa itu Nuklear dan dapatkan penjelasan dari Negara China mengenai pemprosesan Logam Nadir di Negara Malaysia.

Tak payah la dia nak menyalak tak tentu arah macam orang gila dalam Twitter. Menambahkan pencemaran bunyi je ada la!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. yg dihantar sebagai wakil ni boleh ke bertutur dlm bahasa antarabangsa? kalau setakat paham, ramai orang paham tapi utk bercakap fasih belum tentu.

    mungkin kerana masalah ni kut yg langsung tak hadir ...

    tapi kalau diorang pilih 'kambing tua berjanggut' bernama mahfuz mesti banyak manafaat yg PR dapat!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping