Rabu, Jun 08, 2011

...Cakap Jangan Sebarang Cakap Brader!!!...
Ni satu lagi perangai buruk yang mengalahkan musibat yang buat Semut tak faham dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Diorang suka sangat buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan. Malah ada yang tak masuk dek akal pun ada. Itu yang diorang kata nak hapuskan Politik Fitnah? Kepala Tengkorak Dia la!!!

Diorang la yang paling pandai sekali buat dakwaan itu ini dan menuduh orang tanpa bukti. Lepas tu, cabar pulak orang lain suruh buktikan bahawa tuduhan dia tu tak betul dan sebagainya. Padahal, diorang sendiri pun tak de bukti nak buat dakwaan tersebut.

Contohnya, dulu, Teresa Kok pernah buat dakwaan kata Pejabat Perdana Menteri keluar arahan agar  lambang salib tidak dipasang sewaktu ketibaan PM dalam satu Majlis jamuan sempena sambutan Hari Natal.

Lepas tu, dia beria - ia sangat suruh Datuk Seri Najib mintak maaf kepada seluruh komuniti penganut beragama Kristian atas arahan tersebut. 

Tapi bila disiasat, Pejabat PM tak pernah keluarkan arahan tersebut. Begitu jugak dengan pihak gereja yang menganjurkan jamuan tu pun tak pernah terima sebarang arahan sedemikian.

Jadi, macam mana pulak Si Teresa Kok tu boleh kata ada arahan yang dikeluarkan melainkan dia sendiri yang buat tuduhan tu tanpa bukti yang sah? 

Bila rakyat suruh dia buktikan tuduhan tu, dia senyap terus. Bukan setakat senyap je, suruh mintak maaf pun, sampai hari ni Si Musibat tu tak buat jugak.

Ni pun satu lagi kes main tuduh ikut sesuka hati Mak Bapak dia je. Mamat bernama Chris Chow ni cuba nak mengaitkan isu Lynas dengan pihak 'Pembesar Pahang' pulak.
Kata dia, cukai percuma selama 12 tahun yang tidak dikenakan ke atas syarikat Lynas tu adalah disebabkan ada dikalangan 'Pembesar Pahang'  yang berhutang dengan sebuah Kasino di Australia.

Jadi, kata Si Chris Chow ni,  pengecualian cukai selama 12 tahun tu adalah untuk membayar balik hutang - hutang tu semua. Maka Si Mamat tu pun dengan megahnya mencabar orang lain untuk membuktikan bahawa dakwaan dia tu adalah sebaliknya.

Wah!!! Besar kepala hotak dia nak cabar orang ye? Ingat orang tak berani nak cabar dia ke? Sekarang Semut pulak cabar dia. Kalau dia berani, ulang balik tuduhan yang dibuat.

Tapi kali ni bukan dalam Facebook sahaja. Buat sidang Media khas untuk mendedahkan perkara tu kepada rakyat secara umum. Panggil semua media yang ada. Jangan setakat berani buat tuduhan dalam Facebook je.

Dedahkan perkara tu dengan bukti - buktinya sekali. Kalau setakat main tuduh ikut suka hati dia, budak sekolah pun reti. Macam mana? Ada berani ke Chris Chow??? Ada telur ka???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping