Sapa yang dapat sangkal kenyataan yang hakiki bahawa PKR adalah Parti Kencing Rakyat? Siapa dapat menolak Kebenaran mengenai perkara tersebut?
Jawapannya, tak de sorang pun yang mampu membuktikan bahawa PKr adalah sebaliknya. Jadi memang sah, PKR adalah sebuah parti yang kerjanya ME...NI...PU... Rakyat je.
Diorang bukan nak membela rakyat sangat pun. Jauh sekali nak menegakkan Keadilan. Tapi kalau 'tegakkan benda lain' pandai la diorang ni.
Punya la diorang ni nak menipu rakyat sampaikan apa yang orang tak cakap pun, diorang boleh kata orang tu cakap jugak. Sekarang, tak pasal - pasal je kena tindakan.
PUTRAJAYA 15 Jun – Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah di sini hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.
Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ”Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi” dan laporan muka depan bertajuk ”UMNO Putih Mata”.
Samsul Adabi berkata, ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam Pas baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan menjadi kenyataan.
Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Samsul Adabi berkata, beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan Pas bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu. – Bernama
Hah! Tak cukup lagi bukti yang menyatakan bahawa PKR ni adalah sebuah parti yang kuat menipu rakyat? Itu pun penyokong - penyokong tegar PKR ni masih tak sedar diri lagi?
Sudah - sudah la jadi 'Jaga Bontot' PKR ni. Bukan ada manfaat pun melainkan diorang 'basah' kena kencing dengan pemimpin - pemimpin PKR ni je.
Buang masa je layan mangkuk ayun dalam PKR ni sebenarnya. Diorang hanya gilakan kuasa je. Jadi untuk mendapat kuasa, maka semua benda pun sanggup diorang lakukan.
Diorang bukan kira kiri kanan, depan belakang dah. Kalau boleh semua diorang nak 'balun' ikut suka hati diorang je. Itu yang nak dibangga sangat dek puak - puak PKR ni? Ceit!!! Pigidah!!!
pkr kata pensyarah ni kena beli olih umno
BalasPadamTakut kene pecat la tu. Tak pun takut tak leh naik pangkat, kalau tak naik pangkat susah la nak jadi Naib Canselor.Prof kat universiti awam memang suka membodek dengan hujah bodoh diorang. MeNORDIN KARDIkan pelajar. Memang dasar prof kangkung
BalasPadam