Mungkin cerita pasal 'Perletakkan Jawatan' Presiden Persatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) ni dah agak lewat. Tapi ianya masih relevan untuk diwar - warkan.
Padahal, 'Perletakkan Jawatan' Si Hata Wahari tu bukan setakat dia hilang kelayakkan sebagai ahli Persatuan sahaja semata - mata. Masih ada lagi kisah disebalik
Dalam laporan sebelum ini, pihak NUJ telah bersepakat dimana setiap ahli mestilah merupakan seorang wartawan katanya. Ianya menurut 'Registar Of Trade Union'.
Tapi sebab apa isu ni masih lagi relevan? Sebab ianya merupakan satu lagi bukti dakyah pembohongan yang menjadi rekayaksa puak - puak Pakatan Pembangkang.
Konon, selama ini, diorang bangga dengan mendabik dada kata diorang memperjuangkan hak kebebasan media dan hak kebebasan bersuara dalam Malaysia.
Jadi, Si Hata Wahari ni menjadi patung boneka diorang untuk membelasah media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia.
Yang sebenarnya, Si Hata tu memang patut sangat meletakkan jawatan sebagai Presiden NUJ sebab dia tak menjalankan tugas dia dengan adil dalam memperjuangkan kebebasan media.
Banyak sangat bukti yang mengaitkan bahawa dia berat sebelah dan hanya menyokong puak - puak Pakatan pembangkang sahaja selama ini.
Sebagai contoh, kenapa dia tak kecam isu TV3 dihalau ketika menghadiri pemilihan PKR tahun lepas? Kenapa dia mendiamkan diri sahaja?
Ketika Sidang Dewan Pulau Pinang sedang berlansung, Lim Guan Eng mengeluarkan arahan agar pihak media dari Utusan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan.
Tapi Si Hata tu tak bangkit mengenai isu tersebut. Kenapa? Itu ke yang dia maksudkan dengan kebebasan media? Kebebasan Media Kepala Tengkorak dia!!!
Memang patut pun dia dipecat sebab buat kerja pun tak reti. Buat malu je kat wartawan lain. Cakap tak serupa bikin. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.