Itu satu persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang rakan Semut petang tadi. Dalam banyak - banyak warna, kenapa diorang pilih warna Kuning?
Kalau nak ditanya pasal apa Pemuda pilih warna merah, dah tentu sebab semangat mereka yang membara menentang pertualang di dalam Negara.
Lambang bintang tu pulak dah tentu - tentu mewakili kedaulatan Agama Islam di Negara ini. Mungkin itulah takrifnya pun.
Tapi puak - puak dari Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau dikenali sebagai Bersih 2.0 ni pulak pilih warna kuning. Kenapa kuning? Kalau nak Bersih, kenapa tak pilih warna Putih?
Kalau ikut takrif dalam menentukan warna Jalur Gemilang, warna kuning tu mewakili warna Diraja. Menyatakan bahawa Malaysia masih dinaungi oleh Yang DiPertuan Agong.
Adakah cubaan mereka memilih warna kuning hanya semata - mata kerana memorandum tu hendak disampaikan kepada Yang Di Pertuan Agong?
Perkara ini perlu diperjelaskan oleh mereka yang terlibat. Mana tau. Kot nanti ada yang buat spekulasi yang bukan - bukan, diorang marah pulak.
Ahli - Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang tu pun bukan main lagi. Bangga sangat diorang pakai baju warna kuning dekat Parlimen petang tadi.
Ni gambar yang Semut kutip dari laman twitter Si Tian Chuak tu tadi. Kelihatan semua mereka memakai tali leher yang berwarna kuning.
Mungkin ada sponsor kot beli tali leher sama? Yang Si Karpal Wilchar tu pulak, kenapa tak pakai tali leher yang sama dengan orang lain? Apa bagus sangat dia tu?
Ke dia sorang je yang tak menyokong Perhimpunan Bersih tu? Maka, itu sebab la dia tak pakai tali leher yang sama. Adakah itu sebabnya?
Tapi tak kisah la. Apa pun warna yang diorang pilih, itu diorang punya pasal. Yang penting niat diorang tu kena betul.
Kalau setakat bangga pakai warna kuning, tapi niat kotor nak buat apa? Pakai la warna apa pun, tapi kalau dah markas sendiri pun diorang takut nak pertahankan, baik tak payah!!!
http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/dihina-lagi-belanda-haram-sembelih.html
BalasPadamingat peribahasa "otak kuning"? itulah jawapannya, sebab nak pertahankan dan menyampaikan hasrat orang yg paling ber"otak kuning".
BalasPadamKuning itu untuk agama Hindu. Warna Kuning ada unsur-unsur Hindu.
BalasPadam