Rabu, Jun 22, 2011


Hehehe... Bila dapat sekali sekala melepak dengan kawan - kawan ni memang seronok. Macam - macam cerita kelakar yang keluar.

Bila dah tengah - tengah malam buta ni, idea diorang macam hujan plak. Mencurah - curah datang. Sampai ada yang tak terfikir dek kepala pun ye jugak.

Di kesempatan Semut meluangkan masa dengan rakan - rakan di dunia nyata malam tadi, timbil la cerita pasal isu Bersih 2.0 ni. 

Rata - rata yang ada dengan Semut malam tadi semua tak setuju dengan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai nanti.

Nak pulak yang memang duduk di Kuala Lumpur. Belum pun perhimpunan tu diadakan, dah penuh sumpah seranah dia kepada mereka yang terlibat.

Mana tak dia sumpah seranah puak - puak yang berhimpun tu. Diorang nak berhimpun dekat laluan dia nak pegi Pejabat. Dah la kutu kena kerja hari Sabtu, Isnin cuti. 

Kena pulak ada perhimpunan haramjadah tu. Mau dia kena bergerak dari rumah pukul 6.30 pagi nak masuk kerja pukul 8. Jalan dah tentu jem, 'road-block' tak payah cerita la.

Itu keluhan yang diluahkan oleh rakan Semut tu. Tapi ada satu bab yang Semut pikir memang logik akal dan kelakar jugak bila difikir - fikirkan. 

Kenapa Mat Sabun beria - ia sangat nak sertai Perhimpunan Bersih 2.0 ni? Kenapa dia bermati - matian nak jugak perhimpunan ni diadakan?

Padahal Si Ambiga Pandikutty tu tak iktiraf pun PAS sebagai ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Jadi, kenapa Mat Sabun ni beria - ia sangat?

Nama dia pun Mat Sabun. Jadi tak Bersih la kalau tak de Sabun. Nak bersih apa kalau setakat pakai air je. Sebab tu la kena ada Mat Sabun ni untuk diganyang nanti. Tak gitu? Hehehe...

Oleh itu, bagi sesiapa yang berhasrat nak sertai Perhimpunan Bersih 2.0 kali ini, pastikan mereka bawak penyapu, mop lantai dan juga pencuci cermin. Sabun jangan takut, Mat Sabun ada sediakan sabun 'free' nanti. Tak payah susah - susah. Pakai je dia nanti. Hehehe...
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping