Rakyat Negeri Pahang pada ketika ini nampak gayanya sedang menghitung hari. Terutama sekali penduduk - penduduk di sekitar kawasan Kuantan.
Bukan apa. Sebab semua ternanti - nanti keputusan hasil kajian daripada panel - panel Jawatankuasa Bebas IAEA mengenai pembinaan kilang Lynas di Gebeng tu la.
Jawatankuasa Bebas ni dilantik untuk mengkaji semula tahap keselamatan dan standard yang diguna pakai oleh Lynas dan AELB bagi pembinaan Kilang Memproses Logam Nadir Bumiyang dikenali sebagai Rare Earth.
Penubuhan jawatankuasa tu pun atas tuntutan dan desakan Si Fuziah 'Reaktor' dan puak - puak Anti Lynas sebelum ini. Semut ulang semula bagi jelas sikit:
JAWATANKUASA TU DITUBUHKAN ATAS PERMINTAAN FUZIAH DAN KUMPULAN ANTI LYNAS SENDIRI.
Tapi bila jawatankuasa tu dilantik dan baru nak memulakan kerja - kerja mereka, puak - puak Anti Lynas ni jugak yang buat bantahan.
Konon kata mereka IAEA tu tak layak nak menjalankan kajian ke atas pembinaan kilang tersebut. Kononnya, kata diorang IAEA ni hanya pakar dalam bidang Nuklear sahaja.
Tak ke bongok punya kerja? Diorang yang buat cadangan, buat tuntutan dan buat desakan, tapi diorang jugak yang buat bantahan? Apa punya 'barghal' puak - puak Anti Lynas ni?
Lepas tu, dengar cerita diorang nak buat injuksi Mahkamah bagi mendapatkan perintah untuk menghalang pembinaan kilang itu daripada diteruskan.
Itu tak jadi masalah. Lantak diorang la nak buat injuksi tu sebab pihak syarikat Lynas tu pun boleh jugak memohon perkara yang sama.
Silap hari bulan, mau diorang saman balik puak - puak Anti Lynas ni sebab sengaja menyebabkan mereka mengalami kerugian yang besar.
Memang patut pun syarikat Lynas tu ambik tindakan sedemikian. Mana tidaknya. Kenapa sebelum ni diorang tak buat pun bantahan mengenai pembinaan kilang tersebut?
Kenapa selepas pembinaan kilang tu dah hampir 80% siap baru kumpulan Anti Lynas ni nak buat bantahan dan sebagainya?
Yang bertambah pelik, individu yang menimbulkan huru - hara ni semua ke mana pulak hilangnya? Kenapa Si Fuziah 'Reaktor' tu tak turut serta dalam sidang media sebelum ini?
...Kenapa Fuziah Tak Hadir Dalam Sidang Media Ni???... |
Kenapa tiba - tiba je dia senyap dan menyepikan diri? Tak seperti biasa. Ada je dalam Twitter bagi pandangan dan keluarkan risalah itu dan ini.
Tapi kenapa sekarang dia senyap? Kenapa selepas penjelasan dan penerangan yang diberikan kepada rakyat oleh pakar IAEA, dia seperti menyembunyikan diri?
Dia sakit ke? Dah masuk Hospital sebab terlebih radiasi? Itu persoalan yang bermain dalam minda rakyat secara keseluruhannya.
Nampak sangat la Si Fuziah tu sebenarnya bukan berjuang untuk keselamatan rakyat di Gebeng. Dia buat kecoh semata - mata demi kepentingan Politik dia sahaja.
Peringatan buat orang Kuantan yang kononnya mempertikaikan orang lain tak de hak nak bercakap mengenai perkara ini. Diorang kena ingat, Si Fuziah tu pun bukan orang Kuantan.
Rumah pun dia tak de kat Kuantan tu. Kalau dia turun Kuantan pun, dia tidur kat Hotel MS Garden. Nyenayk je tidur dalam bilik hotel lima bintang dan berhawa dingin.
Itu pun tak sampai dua tiga hari dia ada di Kuantan. Kadang - kadang, tak sampai sehari pun dia dah cabut balik KL. Tak pun ke Batu Pahat, tempat asal dia.
Jadi tak payah la puak - puak Anti Lynas nak sibuk - sibuk tanya orang dari mana dan apa kepentingan mereka serta sebagainya.
Sedangkan pemimpin diorang sendiri pun bukan orang tempatan, lagi nak cerita pasal orang. Lepas buat kecoh, dia pun cabut lari. Menipu rakyat je kerjanya!!!
Ketua KDN 'PONDAN' sepatutnya tangkap orang yang sabotaj ekonomi negara dan layak dimasukkan I.S.A.
BalasPadamPM pula di fitnah kenapa tak saman macam Lee Kuan Yew buat di Singapura? Kalau diamkan makin BESAR KEPALA puak-puak ni.