Macam - macam dunia Politik Malaysia hari ni. Semalam, Suara Keadilan diambil tindakan sebab mengeluarkan artikel fitnah dan menyeleweng.
Main ikut sedap diorang je nak Poo...singh cakap orang lain. Dah la tu, diorang buat tak de kebenaran dari pihak yang bercakap pulak tu.
Semalam akhbar Harakah pulak jadi mangsa, kena saman sampai RM6juta kerana menyebarkan artikel fitnah. Tapi nak membenteras Politik Fitnah kononnya.
Nak benteras menda kejadahnya kalau diorang pun menabur fitnah macam tu? Buat laporan tak de asas dan bukti yang kukuh. Main buat je ikut sedap mulut.
Disebabkan lidah rasmi Parti Angguk Saja tu dah buat kerja bodoh macam tu, maka Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang ni pun ambik la tindakan terhadap 5 individu dan PAS berhubung satu artikel yang disiarkan dalam Harakah edisi 20 - 22 Mei 2011.
Antara lain, artikel itu menyatakan bahawa Aminah adalah seorang yang jahil dalam agama dan tidak ada sebarang pengetahuan dalam syariat Islam.
Mereka kata, Bekas Ketua Wanita PKR itu telah menerima umpan kebendaan daripada UMNO untuk membuat tuduhan terhadap Si Anugay dan Kak Wan Omega.
Apa yang peliknya, kenapa diorang tak buat laporan mengenai soal menerima umpan dari UMNO tu? Kalau diorang ada bukti yang kukuh, buat la laporan kepada SPRM.
Tapi diorang sebaliknya bukan buat laporan SPRM. Yang diorang buat ialah sidang media tertutup. Hanya wartawan - wartawan yang Pro pada diorang je yang dijemput.
Dah dua kali diorang menipu. Yang pertama diorang nampak sangat sengaja menabur fitnah sebab buat dakwaan tanpa ada sebarang bukti yang kukuh.
Dan yang kedua, diorang sendiri tak mengamalkan Kebebasan Media dengan hanya memanggil pihak media tertentu sahaja untuk membuat liputan mengenai perkara tersebut.
Tapi ada hati lagi diorang nak memperjuangkan Hak Kebebasan Media kononnya. Tak ke macam gampang namanya tu? Menipu rakyat je kerjanya. Macam dah tak de kerja lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.