Belum lagi tarikh 9 Julai tiba, nampak gayanya kehangatan Gerakan Aman yang menyokong SPR sudah mula terasa bahangnya.
Semut tak sokong mana - mana pihak, terutama sekali Kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil pimpinan Ambiga Sreevasan tu.
Tapi yang Semut sokong ialah langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambah-baik sistem Pilihan Raya sedia ada.
Cara dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui rundingan dan perbincangan terbuka dengan Yang Di Pertuan Agong serta pihak SPR.
Bukan lah dengan kaedah membuat perhimpunan beramai - ramai seperti yang dirancang oleh Mat Sabun dan Ambiga tu. Entah apa diorang dapat dengan berhimpun beramai - ramai tu entah la.
Tapi apa yang jelas, mereka lakukan perhimpunan hanya semata - mata untuk memporak-perandakan keadaan dan keamanan masyarakat semata - mata. Diorang bukan nak menyelesaikan masalah pun.
Jadi tak hairanlah kenapa pemimpin - pemimpin ini bersuara dan menyatakan padangan mereka masing - masing. Ikuti penjelasan mereka:
Yang tu Datuk Zulkifli Nordin, Bekas Peguam Bela Si Anugay. Yang ni pulak pandangan dari Zahid Mat Arip, Bekas Naib Ketua AMK Parti Keadilan dulu:
Yang ni pulak daripada Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia atau dikenali sebagai PERKASA:
Walau siapa pun yang bagi ucapan tersebut, yang pasti, hakikat sebenarnya hanya satu. Pakatan Pembangkang hanya Penipu Rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.